Page 10 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 10

SEJARAH

                       SMK BANDARAYA KOTA KINABALU




                       SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDARAYA KOTA KINABALU (SMKBKK) atau dulunya
               dikenali sebagai SMK.Menggatal telah di tubuhkan pada tahun 1967. Ketika pertama kali dibuka pada
               tahun 1967, hanya terdapat dua buah kelas tingkatan 1 dalam aliran Bahasa Inggeris dengan 51 orang
               pelajar dan 2 orang guru. Pada mulanya, sekolah ini menumpang di bangunan SRJK Good Sheppard,
               Menggatal pada sesi persekolahan petang. Tahun 1969, kelas peralihan telah dibuka bagi pelajar-
               pelajar yang datang dari sekolah bukan beraliran Bahasa Innggeris.
                       Tahun 1977,  bilangan pelajar meningkat lagi  kepada  468 orang dengan 12 buah kelas. Pada
                24  Januari  1977,   bangunan  sekolah    tetap  bagi   SMK  Bandaraya     Kota   Kinabalu

               telah siap dibina dengan menelan belanja RM5.4   juta.  Sekolah  ini  telah  dibina  di  atas
               tapak seluas 30 ekar yang terletak di Batu  10,   Jalan   Tuaran,   Kota   Kinabalu.   SMKBKK
               berpindah sepenuhnya di bangunan baru pada tahun tersebut.
                       Mengimbas kembali sejarah perkembangan sekolah ini di              bidang akademik.
               Buat pertama kali,      pelajar      SMKBKK      menduduki      peperiksaan      LCE      pada      tahun
               1970 bagi melayakkan mereka memasuki tingkatan empat. Tahun 1977,seramai lebih kurang 90 oran
               g pelajar telah terpilih untuk mengikuti kursus matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia di sekolah
               ini dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.
                       Walau bagaimanapun,     1985     kelas     matrikulasi     UKM      ini      telah      dipindahkan
               ke  Sekolah  Berasrama  Penuh  Sabah  (SBPS)  di  Bukit  Padang,  Kota  Kinabalu  Ini  adalah  kerana
               kedudukan sekolah ini lebih dekat dengan kampus UKM Cawangan Sabah. Sekolah ini juga pernah
               menempatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Ugama (SMA Limau-limauan atau kini dikenali
               sebagai SMA Tun Mustapha) sebelum berpindah ke bangunan tetap di Papar. Kelas tingkatan enam
               juga telah dibuka pada tahun 1977 dan telah  menempatkan pelajar-pelajar lepasan SPM dari seluruh
               Sabah.
                       Sehingga kini, bangunan SMKBKK terdiri daripada tujuh bangunan bilik darjah (blok A, B, C, D,
               E,  F,  G),  satu  blok    seni    perusahaan,    sebuah    kantin,    sebuah    bangunan    koperasi,    sebuah
               bangunan  menempatkan  bilik  disiplin,  penyelia  asrama  dan  Unit  Bimbingan  &  Kaunseling,  2  blok
               asrama putera serta 2 blok asrama puteri yang boleh menempatkan seramai 400 orang pelajar. Selain
               daripada itu, sebuah Dewan Serbaguna, sebuah surau, sebuah bangunan makmal komputer yang
               lengkap dengan kemudahan ICT yang telah dibina dan siap sepenuhnya pada tahun 2002. Tempat
               tinggal untuk kakitangan mengajar dan kakitangan bukan mengajar juga disediakan iaitu 2 blok Flat
               dan 4 buah rumah Division 1. Kemudahan untuk bersukan seperti padang bola sepak, gelanggang bola
               keranjang, bola tampar, sepak takraw, bola jaring dan permainan lain terdapat di SMKBKK.
                       Pada masa ini, bilangan pelajar SMKBKK telah mencapai angka 2,145 orang meliputi 1,319
               orang pelajar menengah rendah dan 826 orang pelajar menengah atas (2004 - aliran Sastera & 141 –
               aliran Sains) dengan 65 buah kelas. Manakala bilangan kakitangan akademiknya seramai 137orang (42
               orang guru lelaki dan 95 orang guru perempuan) dan 16 orang Kakitangan Bukan Mengajar.

                       Sehingga kini, SMKBKK telah melahirkan ramai graduan yang bekerja dalam pelbagai sektor.
               Kegemilangan sekolah ini tidak berakhir begitu sahaja kerana pelbagai pencapaian telah diperolehi.
               Hasilnya dapat dilihat melalui pembangunan dari segi fizikal dan prasarana yang ada pada hari ini.











                                                           10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15