Page 62 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 62
• Mengurus penghantaran laporan analisis peperiksaan PT3 dan SPM ke PPD/JPN.
• Membuat senarai semak kertas soalan dan skema yang dibekalkan oleh pihak Jabatan
Pelajaran.
• Menyelaras analisis PT3 dan SPM.
• Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut masa ditetapkan.
• Menyediakan buku log / fail Guru Bertugas semasa peperiksaan PT3 dan SPM.
• Memantau tugasan AJK Penialaian dan Peperiksaan.
2) Setiausaha Peperiksaan Dalaman
• Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.
• Menyimpan rekod jadual pembinaan soalan.(Rujuk kepada Ketua-Ketua Panitia)
• Menyediakan rekod pengawasan ujian / peperiksaan.
• Memastikan kertas-kertas soalan berada dalam keadaan selamat.
• Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum
peperiksaan dijalankan dan pengambilan direkodkan.
• Memantau dan memastikan ujian / peperiksaan dalaman dilaksanakan dengan teratur.
• Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang
ditetapkan.
• Memastikan markah dimasukkan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
• Membuat semua analisis ujian / peperiksaan dalaman.
• Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU/JSI disimpan untuk rujukan.
3) Setiausaha Peperiksaan PT3 dan SPM
• Memberi penerangan tentang hal-hal berkaitan peperiksaan PT3 dan SPM kepada
guru tingkatan.
• Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang
Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
• Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN
dan Lembaga Peperiksaan.
• Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan
kerjasama guru tringkatan.
• Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3 dan SPM.
• Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat Salinan untuk JPN,
Lembaga Peperiksaan dan Sekolah.
• Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3 / SPM:
a) Analisis keputusan peperiksaan
b) Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
• Menguruskan hal-hal berkaitan sebelum peperiksaan;
a) Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan
bertulis dan peperiksaan lisan.
b) Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan.
c) Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
d) Menyediakan peralatan untuk peperiksaan (alamri, jam dinding, bateri, lakri,
white board marker, pemadam, dan lain-lain).
e) Menyediakan papan tanda tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
f) Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan yang diperlukan untuk
calon persendirian jika ada.
g) Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam
menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan Pendidikan Seni.
62

