Page 64 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 64

7.  Keputusan ujian dan peperiksaan semua pelajar akan dipamerkan dalam kelas supaya pelajar
                       sentiasa berusaha dan bersaing untuk mencapai keputusan terbaik kerana pelajar berasa malu
                       jika keputusan yang dipamerkan tidak baik.


                               TATACARA MENDUDUKI SEMULA UJIAN / PEPERIKSAAN

                   Pelajar yang mewakili sekolah untuk sebarang pertandingan sewaktu peperiksaan dijalankan
                   adalah layak menduduki semula peperiksaan mengikut tatacara berikut;

                   1.  Guru pengiring memastikan kertas peperiksaan yang perlu diduduki oleh pelajar.
                   2.  Guru pengiring memaklumkan lebih awal mengenai peperiksaan semula kepada Setiausaha
                       Peperiksaan dengan mengisi borang yang disediakan.
                   3.  Guru pengiring bertanggungjawab menjalankan peperiksaan semula  sama ada menjalankan
                       peperiksaan  tersebut  lebih  awal  atau  kemudian  kerana  set  soalan  yang  berlainan  akan
                       digunakan.
                   4.  Guru-guru  penyedia  soalan  perlu  menyediakan  soalan  yang  berlainan  jika  terdapat
                       peperiksaan semula yang perlu dijalankan untuk mata pelajarannya.
                   5.  Guru  pengiring  memastikan  pelajar  yang  menduduki  peperiksaan  semula  mematuhi  segala
                       peraturan peperiksaan.






























































                                                           64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69