Page 7 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 7

TINTA PENGETUA

              SMK BANDARAYA KOTA KINABALU 2021


              Syukur  alhamdulillah  kerana  kita  masih  dipertemukan  lagi  pada  tahun
              2021.  Selamat  menyambut  tahun  baru  dan  selamat  kembali  bertugas
              kepada  semua  guru  dan  semua  kakitangan  bukan  mengajar.  Semoga
              tahun ini kita terus bersemangat meneruskan amanah di SMK Bandaraya
              Kota Kinabalu walaupun cabaran tahun 2020 masih bersama kita. Kita
              berdoa agar ianya menjadikan kita lebih kuat dalam mendidik anak anak
              murid  kita  agar  menjadi  insan  yang  seimbang  dan  harmonis  seperti  yang  terdapat  dalam  Falsafah
              Pendidikan Kebangsaan.

              Tahniah  dan  sekalung  penghargaan  kepada  seluruh  warga  SMK  Bandaraya  Kota  Kinabalu  kerana
              sepanjang  tahun  2020,  kita  berjaya  bergerak  secara  satu  pasukan  dan  sepunyaan.  Saya  berharap  agar
              tahun 2021 kita dapat terus berusaha melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam pengurusan Kurikulum,
              Kokurikulum,  Hal  Ehwal  Murid  dan  pentadbiran.  Setiap  yang  kita  lakukan    adalah  satu  ibadah  bagi
              melahirkan murid murid yang berakhlak, berilmu dan berwawasan.

              Motto ”Sepakat cemerlang” merupakan satu pegangan dan halatuju bagi SMK Bandaraya Kota Kinabalu.
              Warga  sekolah  harus  berani  mentranformasikan  paradigma  dalam  diri,  agar  terus  cemerlang.  Dalam
              menjana pembelajaran abad ke-21, guru-guru memerlukan tiga kemahiran utama:

              1.       Kemahiran maklumat dan komunikasi.

              2.       Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

              3.       Kemahiran interpersonal dan arah kendiri.

              Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 warga sekolah perlu
              berterusan  dan  sentiasa  membangun  dan  meningkatan  profesionalisme  diri.  Semoga  dalam  diri  kita
              sentiasa  ada  rasa  “sekolah  ini  rumahku,  rakan  sekerjaku adik  beradikku dan  murid muridku anak
              anakku”.  Semoga  kita  ikhlas  memikul  tanggungjawab  yang  diamanahkan  oleh  Allah  S.W.T.  Terus
              berusaha  mendidik  anak  bangsa  agar  bertaqwa  dan  menjadi  hamba  Allah  yang  cemerlang  dunia  dan
              akhirat. Moga Rahmat Allah S.W.T sentiasa bersama kita. Amin Ya Rabbal Alamin.


              “KeranaMu,
              Biar Setitik, Berkocak
              Biar Setapak, Bergerak”.

              Saya yang menjalankan amanah,
              ROHANI RAMLEE
              PENGETUA
              SMK BANDARAYA KOTA KINABALU.








                                                            7
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12