Page 2 - TEKNIK KETUK
P. 2
KETUKAN TEPAT (ON THE DOLLY)
• Pukulan atau ketukan di lakukan tepat ke atas permukaan panel yang
rosak dengan keadaan dolly di ampu tepat di tempat kerosakan tersebut.
• Cara ini di lakukan pada awal pembaikan malah ia di katakan kerja kasar
bagi mengembalikan permukaan yang rosak secara cepat serta ke tahap
semaksima mungkin.
• Setelah keadaan permukaan panel hampir rata, kerja kerja penyudah
hendaklah di lakukan.
• Ketukan tepat boleh memberikan beberapa kesan ke atas permukaan
panel sekiranya ia di lakukan tanpa teknik dan penelitian yang
sewajarnya terutamanya mengetuk secara berterusan, di mana
berlakunya pengembangan permukaan panel akibat himpitan di antara
dua permukaan keras iaitu hammer dan dolly

