Page 5 - TEKNIK KETUK
P. 5
KETUKAN SIPI (OFF THE DOLLY)
• Pukulan atau ketukan hammer dilakukan di bahagian tepi atau di luar tempat
kerosakan panel.
• Dolly diampu tepat di tempat kerosakan manakala ketukan di lakukan di
bahagian tepi.
• Di dalam teknik ketukan sipi, dolly berperanan penting dalam menaikkan
permukaan yang rosak.
• Ia bertindak sebagai penahan dan sekaligus menaikkan tempat kerosakan.
• Ini terjadi kerana terdapat dua arah yang berlainan, iaitu ketukan dari bahagian
atas manakala dolly sebagai penahan yang berupaya menahan panel dari turun.
• Ketukan sipi kurang memberi kesan ke atas permukaan panel kerana tidak
terjadinya ketukan secara tepat di tempat yang rosak.
• Walaubagaimanapun untuk mencapai kerataan menerusi ketukan sipi, ianya
mengambil masa yang lama di sebabkan cara menaikkan panel agak berbeza jika
di bandingkan dengan kaedah ketukan tepat.

