Page 43 - SKEMA JAWAPAN BM 2 (MODUL TIPs)
P. 43

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
                                                                                           PPD Machang/ 2020


               LATIHAN 5

               Sajak SEJADAH RINDU

                (i) Hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut
                       -Semoga ruang keampunan dibukakan kepadanya
                       -Supaya  dia  menjadi  manusia  yang sentiasa    taat   akan  perintah    Allah    dan    menghindari
                       laranganNya.
                                                                                                    [2 Markah]

               (ii)Pada pendapat saya, usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya seseorang yang sudah bertaubat tidak
               kembali kepada sikapnya yang dahulu:-
               P1      menyesali perbuatannya dengan sesungguh hati.
               P2      berusaha menghapuskan dosa-dosa yang lalu
               P3      banyak berbuat kebajikan
               P4      sentiasa mengelakkan diri dari melakukan kejahatan
               P5      menyibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.
               P6      Mendekatkan diri dengan Tuhan/berdoa

               (iii)Dua  persoalan yang  terdapat dalam sajak ini.
               P1      Persoalan  keinsafan  seorang  manusia  yang  banyak  melakukan  dosa.  Contoh:    penyajak
                       mengenang kembali segala kesalahan  yang telah  dilakukan  dan  telah menyesali semua perbuatan
                       yang dilakukannya.    (Merekah  keinsafan  di  hati yang     beku     Mengenang     dosaku     yang
                       terdahulu).                                                                    1+1

               P2      Persoalan   peluang  bertaubat selagi  seseorang masih hidup. Contohnya,  penyajak berkesempatan
                       untuk bertaubat dan sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedihContoh :  lafaz
                       taubat mengiringinafas sebak kian mengikuti.                                   1+1
               P3      Persoalan berkesempatan memohon keampunan sebelum meninggal dunia. Contohnya,  Penyajak
                       berharap  agar  segala kesalahannya diampunkan sebelum meninggal   dunia   pada   masa   yang
                       telah ditetapkanContoh :  moga terbuka ruang keampunansebelum saat aku di nisankan.
                                                                                                      1+1
               P4      Persoalan  ajal  maut  di  tangan  Tuhan.  Contohnya,    Penyajak    menyatakan    bersedia  sebelum
                       meninggal  dunia  pada  masa  yang telah ditetapkan. Contoh  : sebelum  saat  aku  dinisankandi
                       masa yang kautetapkan.                                                         1+1












               HAR/JAWAPAN MODUL TIPS:BM2(SPM)                                                              43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48