Page 45 - SKEMA JAWAPAN BM 2 (MODUL TIPs)
P. 45

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
                                                                                           PPD Machang/ 2020


               SET 2

               3a) MORFOLOGI  = 6 markah
               (i) media sosial – media yang digunakan terus secara talian
               -  Para  remaja  diingatkan  agar  tidak  menggunakan  media  sosial  untuk  perkara-perkara  yang  tidak
               bermanfaat.

               (ii) litar pintas –persentuhan tanpa melalui beban pada litar yang mengalirkan arus elektrik
               - Kebakaran yang berlaku di rumah Pak Maun pada malam tadi berpunca daripada masalah litar pintas.

               (iii).masyarakat majmuk –beberapa kelompok bangsa yang tinggal dalam satu kawasan politik sebagai satu
               masyarakat
               Masyarakat  majmuk  di  Malaysia  dapat  hidup  aman  dan  harmoni  kerana  mereka  mengamalkan  sikap
               toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.

               (iv)). derma kilat – derma yang dipungut dengan serta -merta
               - Satu kutipan derma kilat telah dilancarkan bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

               (v). pakar bedah – seorang pakar dalam bidang pembedahan
               -  Azila  bercita-cita  untuk  menjadi  seorang  pakar  bedah  jantung  setelah  menamatkan  pengajian
               kedoktorannya.

               (vi) bencana alam -  kesan buruk daripada kejadian semula jadi
               - Bencana alam yang berlaku pada hari ini adalah kerana sikap endah tak endah manusia terhadap alam
               sekitar.


               (b) SINTAKSISI  = 6 markah
               Membina Ayat Tanya
               (i) Bilakah mereka memancing ikan?
               (ii) Siapakah bendahari PIBG di sekolah itu?
               (iii) Mengapakah murid itu dipuji?
               (iv) Di manakah pameran robotik itu akan diadakan?
               (v) Apakah alat yang digunakan untuk menuai padi?
               (vi) Bagaimanakah rakyat negara kita dapat hidup harmoni?












               HAR/JAWAPAN MODUL TIPS:BM2(SPM)                                                              45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50