Page 24 - MODUL TIPs BM2 SPM (SIRI 1) - RUMUSAN
P. 24

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
                                                                                           PPD Machang/ 2020


                                      LATIHAN 9
                                      Soalan 1 : Rumusan
                                      [30 markah]




               Baca petikan di bawah dengan teliti.  Kemudian, buat satu rumusan tentang  faedah-faedah menyertai
               kegiatan kokurikulum dan masalah-masalah pelaksanaan kokurikulum di sekolah.  Panjang rumusan
               anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                        Aktiviti  kokurikulum  menjadi  pelengkap  kepada  proses  pembelajaran  di  sekolah.    Umum
               mengetahui bahawa, aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti yang wajib dijalankan dan disertai oleh semua
               pelajar di sekolah. Tambahan pula, kini, penglibatan dalam aktiviti ini akan memberikan merit kepada pelajar
               untuk  memasuki  Institusi  Pengajian  Tinggi  setelah  mereka  menamatkan  alam  persekolahan.    Falsafah
               Pendidikan Kebangsaan jelas menyatakan bahawa antara matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan
               insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Di sinilah letaknya fungsi
               utama kokurikulum, iaitu menjana dan membentuk sahsiah diri dalam kalangan pelajar.  Oleh itu, ketiga-tiga
               komponen utama aktiviti kokurikulum di sekolah, iaitu badan beruniform, persatuan atau kelab, dan sukan
               serta permainan. mendatangkan pelbagai implikasi kepada pelajar jika dilaksanakan secara efektif.

                       Aktiviti badan beruniform, misalnya, membantu pembentukan disiplin dalam diri pelajar  apabila
               pelajar dilatih dengan soal ketepatan masa, mematuhi pemimpin, serta sentiasa bersemangat juang yang
               tinggi.  Selain itu, pelajar juga diuji dengan daya ketahanan fizikal dan mental melalui aktiviti seperti berkawad
               dan  merentas  halangan.  Latihan-latihan  yang  dijalani  menyebabkan  pelajar-pelajar  perlu  berbincang,
               merancang  dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berdasarkan perancangan yang telah dibuat.  Secara tidak
               langsung, semangat berpasukan dan kerjasama dapat dipupuk dalam dalam kalangan setiap ahli pasukan
               beruniform itu.

                       Penglibatan dalam persatuan atau kelab pula memberikan pelbagai pengetahuan, khususnya dalam
               hal-hal pengurusan dan pentadbiran kepada para pelajar. Dalam aktiviti berpersatuan, pelajar diasuh dengan
               kemahiran menguruskan mesyuarat, menulis surat rasmi, merancang aktiviti persatuan, membuat laporan
               program, membuat kertas kerja dan sebagainya. Dalam proses melaksanakan tugasan tersebut, pelbagai
               pandangan dan idea boleh dikongsi antara sesama ahli. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar belajar untuk
               menerima serta menghormati pandangan orang lain semasa perbincangan dijalankan.  Penglibatan pelajar
               dalam aktiviti sukan dan permainan membawa implikasi yang berlainan pula. Mereka yang menyertai aktiviti
               sukan dan permainan sudah pasti memperoleh badan yang cergas serta minda yang cerdas.  Selain itu,
               mereka juga dapat memupuk keyakinan diri, menghormati peraturan di samping memiliki semangat juang

               HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM)                                                                      24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27