Page 25 - MODUL TIPs BM2 SPM (SIRI 1) - RUMUSAN
P. 25

Program Modul Azam Jaya / Bahasa Melayu Kertas 2
                                                                                           PPD Machang/ 2020
               yang  tinggi.    Seterusnya,  para  pelajar  dapat    membina  kemahiran  sosial  yang  baik  serta  membantu
               pembinaan  kemampuan  seseorang  untuk  berinteraksi  dan  berkomunikasi  dengan  masyarakat  dan
               persekitaran.

                       Sering kali diingatkan bahawa generasi hari ini merupakan pelapis kepada pimpinan masa hadapan
               negara.  Dalam hal ini, para sarjana pernah menyatakan bahawa, kebanyakan orang yang berjaya pada hari
               ini ialah orang yang merebut usia remaja mereka untuk memburu kejayaan.  Oleh sebab itu, bagi mereka
               yang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum, hal ini tidak menjadi halangan.  Selain itu, majikan pada hari ini
               juga amat menitikberatkan penglibatan aktif bakal pekerja mereka dalam aktiviti kokurikulum.  Hal ini kerana,
               di sektor kerjaya, para pekerja perlu bersaing dalam kalangan mereka secara positif. Pekerja juga perlu
               sentiasa  menyumbangkan  idea  kreatif  untuk  meningkatkan  produktiviti syarikat.  Sudah  pastilah  pelajar-
               pelajar  yang  aktif  dalam  bidang  kokurikulum  akan  mendapat  kelebihan  tersendiri  dalam  hal  ini.
               Memandangkan pelbagai kelebihan kokurikulum kepada pelajar sama ada dari segi jangka pendek mahupun
               dalam jangka waktu yang  panjang,  maka  bertepatanlah  penegasan oleh    pihak  Kementerian  Pelajaran
               kepada pihak sekolah dan ibu bapa agar mereka memberikan perhatian terhadap pelaksanaan kokurikulum
               di sekolah-sekolah.
                                                                             (Dipetik dan diubahsuaikan daripada
                                                            “Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Aktiviti Kokurikulum”
                                                                 oleh Abd Ghani Abu,     (Dewan Siswa, Julai 2007)



                                                   Soalan 2 : Pemahaman
                                                         [9 markah]

                                                  Soalan 2(a) : Petikan Umum

               Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

                   (i)  Nyatakan maksud rangkai kata  membawa implikasi yang berlainan seperti yang terdapat dalam
                       petikan di atas.                                                                                          [2 markah]

                   (ii)  Apakah kepentingan pelajar yang aktif dalam kegiatan kokurikulum kepada para majikan?.

                                                                                                    [3 markah]

                       Pada  pendapat  anda,  apakah  yang  sewajarnya  dilakukan  oleh  pihak  sekolah  untuk
                   (iii)
                       meningkatkan penglibatan  pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum?

                                                                                                    [4 markah]

               HAR/MODUL TIPS:BM2(SPM)                                                                      25
   20   21   22   23   24   25   26   27