Page 10 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 10

PRAKATA


                   Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-Nya sebuah
                   buku sastera kanak-kanak berjaya diterbitkan mengikut tempoh dan
                   perancangan yang ditetapkan.



                          Institut Pendidikan Guru sentiasa komited dalam membangun dan
                   melahirkan siswa pendidik yang berkaliber, kompeten dan berinovasi dalam
                   memenuhi keperluan dan hasrat negara. Selaras dengan itu, siswa guru
                   telah menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam bidang penerbitan
                   buku.



                          Buku ini diterbitkan sebagai panduan dan rujukan kepada para
                   siswa guru Institut Pendidikan Guru dalam menghasilkan karya Sastera
                   Kanak-kanak di samping menjadi bahan bacaan kanak-kanak. Buku
                   merupakan medium yang signifikan dalam membentuk kemenjadian kanak-
                   kanak yang berfikiran kritis, kreatif dan berdaya saing.



                          Buku ini mengandungi pelbagai karya Melayu tradisional dan
                   moden seperti pantun, syair, gurindam, cerpen dan lain-lain yang
                   dikhususkan mengikut standard kanak-kanak. Hal ini bertujuan bagi
                   mendedahkan kanak-kanak kepada puisi tradisional Melayu sejak di
                   bangku sekolah lagi. Kepelbagaian koleksi puisi tradisional dalam buku ini
                   dapat memudahkan guru dalam memperkenalkan kesenian bahasa yang
                   indah dan pantun kepada para pelajar.



                          Diharapkan semoga nukilan karya siswa guru dapat memberi ilmu
                   dan ilham yang bermanfaat kepada pembacanya. Pada kesempatan ini,
                   setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak yang
                   terlibat dalam menghasilkan buku Koleksi Ceritera Bitara.












                                                   VII
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15