Page 8 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 8

semester 5. Sebagai langkah peningkatan kualiti dan mengangkat hasil
                   karya ini ke tahap yang lebih tinggi, usaha pembukuan karya-karya ini
                   sewajarnya layak mendapat pujian dan sokongan yang padu daripada
                   semua warga institut tercinta ini.



                   Melalui penelitian saya, karya-karya yang dimuatkan dalam buku ini
                   amatlah sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan bahan bantu belajar
                   untuk murid-murid di sekolah rendah khususnya di samping menjadi
                   rujukan dan panduan untuk siswa guru opsyen Bahasa Melayu dalam
                   penghasilan karya kreatif untuk kanak-kanak. Dengan menyedari hakikat
                   bahawa tidak mudah untuk menghasilkan karya kanak kanak, maka buku

                   ini dilihat sebagai suatu khazanah yang berharga untuk semua siswa guru
                   menganalisis dan mengaplikasikan sebarang teknik mahupun gaya
                   penulisan yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak.


                   Semoga dengan penghasilan buku ini, pensyarah-pensyarah dan siswa-
                   siswa guru berupaya untuk menghasilkan lebih banyak lagi karya sastera

                   kanak-kanak yang berkualiti di samping  mengangkat dan menerapkan
                   menerapkan nilai keintelektualan sastera Melayu dalam kalangan mereka
                   dan semestinya untuk manfaat kanak kanak di sekolah-sekolah rendah.
                   Akhir kata, diharapkan agar buku ini dapat diperluas ke semua IPG kampus
                   seluruh Malaysia sekali gus disebarkan sebagai bahan bacaan untuk murid
                   murid sekolah rendah di seluruh negara.



                   Selamat berkarya dan selamat maju jaya!











                   Dr. LAMBAT ANAK LINDONG









                                                    V
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13