Page 230 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 230

pula masih jauh. Pergilah jika kau mahu. Janganlah fikirkan pasal ibu.
                   Fikirkan tentang masa depan kamu”, Mak Jah sudah tidak dapat
                   menahan air matanya lagi. Sebenarnya, dia juga berat hati untuk
                   merelakan anak tunggalnya itu pergi jauh daripadanya. Namun
                   dalam hal ini, dia tidak boleh mementingkan diri.

                   “Kak Aida, kak Aida!”, terjerit-jerit Nurul memanggil nama Aida. “Ish,
                   kau ni Nurul. Terkejut aku dibuatnya. Lain kali berilah salam dahulu”,
                   Aida menegur kesalahan Nurul sewaktu memanggilnya tadi. Aida
                   faham benar dengan personaliti Nurul yang kelam-kabut itu. “Maaf
                   kak Aida. Ini ada surat untuk kak Aida”, kata Nurul kepada Aida.
                   “Ibu, Aida ditawarkan ke universiti tempatan. Aida berminat untuk
                   melanjutkan pelajaran di sana”, kata Aida kepada ibunya dengan
                   gembira. “Alhamdulillah, nak. Berkat usaha kau, rezeki Allah datang
                   bergolek kepada kau. Jadi, benar kau tidak mahu ke luar negara?
                   Ibu bukannya mahu bermegah-megah di depan orang kampung
                   nanti. Tapi, bukankah menyambung pelajaran di luar negara lebih
                   menguntungkan buat kau?”, Mak Jah bertanya.
                   “Ibu, tidak kira di mana sahaja kita berada, jika kita lakukan dengan
                   sehabis baik, sudah pasti akan membuahkan hasil. Belajar di luar
                   negara tidak akan mendatangkan manfaat jika kita tidak pandai
                   menyesuaikan diri di sana. Di Malaysia, terdapat banyak peluang
                   dan kesenangan yang dapat Aida nikmati kerana di negara inilah
                   Aida dibesarkan. Tidak perlu diagungkan sangat tentang negara-
                   negara luar”, Aida berkata untuk memujuk ibunya yang ternyata
                   kecewa apabila dia memutuskan untuk melanjutkan pelajaran di
                   Universiti Kebangsaan Malaysia.

                   “Jika itu yang kau mahukan, ibu akan sentiasa menyokong kau.
                   Nanti bolehlah kau selalu menjenguk ibu di kampung. Tidak dapat
                   ibu merasa naik burung besi terbang itu”, Mak jah ketawa
                   mendengar kata-katanya sendiri. Aida turut ketawa.

                   “Bukan burung besi terbanglah, ibu. Itu kapal terbang. Kalau di
                   Sarawak, mereka panggil belon“, Aida berkongsi ilmunya bersama
                   Mak Jah.

                   Selepas enam tahun berlalu….
                   “Ibu, ibu! Aida dah sampai”, Aida terjerit-jerit memanggil nama
                   ibunya.
                   “Aida, anakku. Mengapa kau memakai jubah dan topi ini? Hari ini
                   hari apa Aida?”, tanya Mak Jah pelik melihat cara pemakaian
                   anaknya itu.

                   “Ibu, hari ini Aida ada graduasi. Aida telah berjaya di universiti.
                   Bukankah Aida sudah ceritakan kepada ibu semalam? Jom, ibu. Kita



                   198
   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235