Page 229 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 229

MELIHAT KEMBALI

                   “Aida, kenapa kau tidak mahu melanjutkan pelajaran di luar negara?
                   Bukankah kau sudah memperoleh semua A+ dalam Sijil Pelajaran
                   Malaysia? soal Irdina, kawan sekampung Aida sejak mereka kecil
                   lagi.
                   “Bukan aku tidak mahu, Irdina. Aku cuma tidak gemar dengan cara
                   hidup yang diamalkan di sana. Tidak ramai rakyat yang beragama
                   Islam seperti kita di Dublin itu. Aku cuma rasa berat hati untuk
                   meninggalkan keluargaku dan kampung ini”, jawab Aida yang
                   mengharapkan pengertian Irdina.
                   “Kau ini memang menolak rezeki, Aida. Tawaran yang datang
                   kepada kau ini hanya sekali sahaja. Masalah cara hidup mereka di
                   sana tidak akan merunsingkan fikiran kau selagi iman kau cukup
                   kuat untuk melawannya. Janganlah kau sia-siakan peluang ini,
                   Aida”, Irdina seperti sudah tidak kenal dengan sahabatnya yang
                   seorang ini.
                   “Sudahlah Irdina. Biar aku fikir masak-masak dahulu tentang hal ini.
                   Jom kita ke pekan! Aku teringin makan nasi kandar. Aku rasa seperti
                   orang mengidam pula”, kata Aida untuk meredakan suasana yang
                   tegang sebentar tadi.
                   “Ish, kau ini Aida. Pandai benar kau menukar topik perbualan kita.
                   Jomlah, aku pun teringin juga”, Irdina ketawa. Basikal mereka
                   dikayuh laju sehingga mereka tiba di depan kedai nasi kandar yang
                   sudah semestinya sentiasa penuh dengan orang kampung. Bagi
                   anak-anak muda seperti Aida dan Irdina, mereka merupakan
                   pelanggan tetap kerana telah terpikat dengan nasi kandar yang
                   enak di kedai itu.

                   Setelah menikmati nasi kandar di pekan, mereka pun pulang ke
                   rumah
                   masing-masing….

                   “Aida, kenapa kau tidak mahu pergi ke sana? Bukankah ini impian
                   kau sewaktu kau berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya di
                   dalam Sijil Pelajaran Malaysia dahulu? Ibu cuma tidak mahu kau
                   menyesal, nak”, tanya Mak Jah, ibu Aida dengan lembut.

                   “Ibu, hanya tinggal kita berdua sahaja di rumah usang harta
                   peninggalan arwah ayah ini. Siapa yang hendak menjaga ibu
                   apabila Aida tiada nanti? Ibu sudah tua jadi Aida perlu sentiasa ada
                   bersama ibu untuk menjaga segala keperluan ibu”, kata Aida dalam
                   nada yang sebak.
                   “Ibu ini sudah dewasa. Pandai-pandailah ibu menjaga diri sendiri.
                   Masa depan ibu ada di kampung yang aman ini. Masa depan kau


                                                                                197
   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233   234