Page 57 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 57

PENGENALAN SELOKA


                          Perkataan “seloka” berasal daripada bahasa sanskrit iaitu
                   “shloka”. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan seloka
                   sebagai puisi yg mengandungi ajaran (sindiran, jenaka, dll). Seloka
                   merujuk kepada puisi Melayu bebas yang mempunyai bentuk
                   tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai
                   irama atau tidak. Seloka berfungsi sebagai gambaran masyarakat
                   yang menulis atau mencipta karya tersebut iaitu masyarakat yang
                   amat    mementingkan      keharmonian     dan    kesopanan    serta
                   ketatasusilaan. Hal ini demikian bertepatan dengan sifat halus orang
                   Melayu, seloka digunakan untuk mengkritik perlakuan negatif tanpa
                   menyinggung perasaan individu atau kumpulan sasaran. Selain itu,
                   seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak,
                   melahirkan   rasa  benci   terhadap   sesuatu  kelakuan   manusia,
                   memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai
                   alat kawalan sosial.















































                                                                                  25
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62