Page 52 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 52
TEMA : KEKELUARGAAN
TAJUK : WEJANGAN
Dengarkan lagu dendangan kasih,
Usapan lembut tanpa menyisih,
Hadirnya untuk teman melatih,
Dari retaknya dunia yang merintih.
Kalaulah tuan mensyukuri nikmat,
Hargailah insan yang berjuang keringat,
Jagalah mereka selagi sihat,
Kerana nyawa itu terikat.
Kalaulah tuan derhaka dan melawan,
Jasad dicaci dilaknat Tuhan,
Kalau hati sudah berkuman,
Tiadalah ingat jasa pengorbanan.
Ingatlah tuan jika kau takut,
Hadirnya tangan hangat menyambut,
Jika kau sunyi mereka menyahut,
Jika kau marah pastinya surut,
Pacakkan akal ingatlah silammu,
Siapa diri tanpa ayah dan ibu,
Hidup sedih tiada berilmu,
Diri dipinggir tuah berlalu,
Jika tuan sudah terjaga,
Peluklah erat dakap mereka,
Kelak menyesal tiada berguna,
Putihlah mata jiwa merana,
Jika tuan tahu agama,
Tadahlah tangan bacakan doa,
Agar mereka tenang di sana,
Senyum selalu mengenang anakanda.
AG MOHD FIRDAUS BIN AG AJI
20

