Page 72 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah 2021
P. 72
PERATURAN-PERATURAN PEPERIKSAAN DALAMAN UNTUK MURID
1. Kehadiran murid adalah wajib untuk semua kertas ujian/peperiksaan.
2. Jika murid tidak hadir untuk ujian/peperiksaan, markah 0 akan diberikan jika tidak menyerahkan surat tunjuk
sebab.
3. Jika murid tidak hadir dengan surat bersebab, kertas akan disemak tetapi markah direkod sebagai TH.
4. Murid yang mewakili sekolah dalam sebarang aktiviti, wajib menjawab soalan kertas peperiksaan, kertas akan
disemak dan markah akan direkodkan.
5. Murid yang datang lewat untuk ujian/peperiksaan TIDAK akan diberi masa tambahan.
6. Murid yang tidak hadir atau hadir untuk separuh daripada bilangan kertas yang perlu diambil akan ditanda TH
walaupun membawa surat doktor atau ibu bapa.
7. Murid DILARANG membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota,
penutup kalkulator, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas serta telefon bimbit, alat-
alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan / bilik Ujian Bertulis kecuali
alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
8. Murid dilarang membuat rujukan di luar dewan/ bilik Ujian Bertulis semasa ujian/peperiksaan sedang
dilaksanakan.
9. Murid dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam
atau di luar dewan/bilik Ujian Bertulis atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.
10. Murid dilarang mendedahkan instrumen pentaksiran atau/ dan skirp jawapan sehingga boleh dibaca oleh
calon lain.
11. Murid dilarang menukar instrumen pentaksiran atau/dan skrip jawapan dengan calon lain.
12. Murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis daripada pelajar lain semasa peperiksaan sedang berlangsung
melainkan dengan kebenaran guru pengawas.
13. Murid dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada guru pengawas.
14. Murid dilarang membawa keluar kertas Ujian Bertulis dari dewan/bilik Ujian Bertulis semasa
ujian/peperiksaan berjalan.
15. Murid dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari
dewan/ bilik Ujian Bertulis tanpa kebenaran guru pengawas.
16. Kertas tulis yang tidak digunakan mestilah dikutip dan dihantar ke bilik peperiksaan.
17. Murid hanya dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan selepas guru yang mengawas berpuas hati semua
kertas jawapan dan bahan peperiksaan telah dikutip dan bilangannya dikira betul.
18. Murid tidak dibenarkan duduk berkelompok di dalam kelas jika tiada peperiksaan pada masa tertentu.
19. Murid tidak dibenarkan tidur semasa peperiksaan sedang berlangsung.
20. Murid tidak digalakkan ke tandas semasa peperiksaan sedang berlangsung kecuali atas budi bicara guru yang
mengawas peperiksaan.
21. Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik peperiksaan sehingga peperiksaan tamat.
22. Meniru, cuba meniru, membantu untuk meniru atau cuba berkomunikasi semasa peperiksaan akan
mengakibatkan murid mendapat markah 0 bagi kertas yang ditiru. Tindakan disiplin juga akan diambil
terhadap murid tersebut.
23. Murid dilarang menganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/ bilik Ujian Bertulis semasa /
selepas Ujian Bertulis.
24. Kebersihan kelas mestilah dijaga seperti hari-hari persekolahan biasa.
25. Pastikan semua lampu dan kipas serta kelas ditutup setelah tamat peperiksaan.
K12

