Page 73 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah 2021
P. 73

PERATURAN PEPERIKSAAN DALAMAN UNTUK GURU

         Sebelum tempoh peperiksaan
         1.     Guru Kelas mesti mengemaskini senarai murid di dalam laman web APDM sebelum proses import data murid ke
                laman web SAPS.
         2.     Semua kertas soalan mesti disediakan mengikut jadual ujian/peperiksaan yang ditetapkan.
         3.     Penggubal Soalan ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.
         4.     Tatacara Penyediaan Kertas Soalan :
                4.1    Kertas soalan perlu bertaip [ Times New Roman /Arial,  Font 11 , 1.5 spacing ]
                4.2    Guru-guru diharapkan dapat memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan.
                4.3    Soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar.
                4.4    Sila dapatkan format muka depan bagi kertas soalan dari unit peperiksaan.
                4.5    Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur -unsur menghasut, menghina , berbau politik atau
                    yang boleh dipertikaikan.
                4.6 Soalan yang disediakan tidak boleh diambil sepenuhnya dari mana-mana buku kerja / soalan tahun lepas.
                4.7   Format peperiksaan pula mesti berdasarkan format peperiksaan awam (PT3 dan SPM).
                4.8   Soalan peperiksaan sekolah adalah dianggap sulit. Oleh itu guru TIDAK DIBENARKAN mendedahkan
                         sebarang kandungan soalan kepada murid dan pihak lain.
         5.     Kertas peperiksaan perlu disemak oleh seorang guru matapelajaran, Ketua Panitia dan disahkan oleh Guru Kanan
                Matapelajaran / Penolong Kanan Pentadbiran.
         6.     Tempoh semakan bagi setiap penyemak sekurang-kurangnya seminggu. Oleh itu kertas soalan perlu diserahkan
                kepada guru mata pelajaran dan Ketua Panitia selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum diserahkan Guru Kanan
                Matapelajaran / Penolong Kanan Pentadbiran. Untuk proses semakan kertas peperiksaan, penyedia soalan MESTI
                menyediakan satu set soalan, satu set kertas jawapan dan satu set Jadual Spesifikasi Ujian.
         7.     Tempoh pengesahan oleh Guru Kanan Matapelajaran / Penolong Kanan Pentadbiran adalah sekurang-kurangnya
                SATU (1) minggu sebelum kertas ujian / peperiksaan dihantar untuk dicetak.
         8.     Tarikh akhir hantar kertas soalan kepada SU PEP oleh guru penggubal soalan untuk cetakan adalah TIGA (3) minggu
                sebelum tarikh peperiksaan bermula.
         9.     Ketua Panitia dan Pentadbir akan mengeluarkan memo peringatan kepada guru penggubal soalan yang tidak
                menghantar kertas soalan peperiksaan untuk penyemakan pada tarikh yang ditetapkan.
         10.    Guru-guru yang gagal menghantar kertas soalan peperiksaan kepada pentadbir bagi penyemakan walaupun telah
                diberikan memo peringatan akan diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengetua.
         11.    Semua kertas ujian/peperiksaan yang telah dicetak akan disusun oleh SU PEP di almari peperiksaan.
         12.    Bilik Peperiksaan adalah KAWASAN LARANGAN untuk semua murid.
         13.    Guru  Penyedia  soalan  perlu  menyemak  dan  menyusun  kertas  soalan  yang  telah  dicetak  serta  mengisi  serta
                mengikat Borang Kawalan Peperiksaan pada bahagian atas kertas peperiksaan mengikut kelas selewat-lewatnya
                sehari sebelum peperiksaan bermula. Tulis di bahagian catatan jika ada kesilapan di dalam kertas soalan. Jika ada
                kesilapan  yang banyak,  guru  penyedia  soalan  perlu mencetak  lampiran  kertas  pembetulan  tersebut  dan  perlu
                diedarkan kepada semua murid.
         14.    Kertas OMR, kertas graf , kajang, tali dan lain-lain keperluan perlu dibekalkan secukuya.
         15.    Setiausaha Peperiksaan perlu memberi taklimat keselamatan mengenai peraturan peperiksaan, arahan dan amaran
                di  dewan/bilik  peperiksaan  kepada  semua  guru  dan  calon  peperiksaan  seminggu  sebelum  ujian/peperiksaan
                bermula.
         16.    Setiausaha Peperiksaan juga perlu memastikan calon mematuhi arahan taklimat keselamatan mengenai peraturan
                peperiksaan, arahan dan amaran di dewan/bilik peperiksaan sehari sebelum ujian /peperiksaan bermula. Ruangan
                sudut mata pelajaran dan pembelajaran akses kendiri di dalam kelas juga hendaklah ditutup dengan suratkhabar
                terpakai.






                                                        K13
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78