Page 78 - Buku Pengurusan & Takwim Sekolah 2021
P. 78

PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC) GURU 2021

                FASA 1: Jan-Mac 2021 (Pencerapan Kendiri)      FASA 2: April-Julai 2021      FASA 3: Ogos-November 2021

         Tugas dan Tanggungjawab AJK Pencerapan PdPC Guru:

           1.  Memaklumkan  kepada  semua  guru  semasa  Mesyuarat  JKKS/Guru  ke-1  bahawa  pencerapan  akan  dijalankan
              sekurang-kurangnya  tiga  kali  setahun  untuk  setiap  mata  pelajaran  yang  diajar.  Contohnya,  jika  guru  tersebut
              mengajar mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka guru tersebut akan dicerap untuk
              kedua-dua mata pelajaran tersebut.
           2.  Setiap guru perlu dimaklumkan tentang Instrumen Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran STD 4 SKPMg2 (JNJK)
              yang akan digunakan untuk menjalankan pencerapan.
           3.  Semasa proses pencerapan , prosedur SEMAKAN BUKU akan dilaksanakan serentak.pegawai yang mencerap perl
              bersedia  dengan  Instrumen  Penyemakan  latihan/hasil  kerja  murid  (SPSK/  PK  06-1),  (SPSK/  PK  06-2),    (SMK  (P)
              METHODIST / PHKM 06-3) digunakan sebagai borang perekodan semakan
           4.  Pencerapan  kendiri  guru  akan  dijalankan  dari  Jan-Mac  2021  bagi  Fasa  Satu.  Pencerapan  PdPC  guru  oleh
              pentadbir akan dijalankan sebanyak dua kali selepas pencerapan kendiri.
           5.  Pencerap  perlu  menjalankan  proses  pencerapan  mengikut  Jadual  Pencerapan  Sekolah  &  Bidang  serta
              membincangkan  kekuatan  dan  kelemahan  PdPc  dengan  guru  yang  dicerap.  Rekod  pencerapan  serta  rekod
              perbincangan susulan perlu dicatat di halaman ulasan/penyeliaan/pencerapan. Buku Persediaan Mengajar guru yang
              telah dicerap.
           6.  Semua pencerap mesti menghantar satu salinan Laporan Pencerapan yang telah disahkan oleh Pengetua kepada
              Penolong  Kanan  Pentadbiran  dan  GKMP  masing-masing  untuk  urusan  analisis  dan  penfailan  paling  lewat
              seminggu selepas pencerapan.
           7.  Penolong Kanan Pentadbiran perlu membuat rumusan pencerapan kendiri semua guru dan membentangkan
              dapatan pencerapan dalam Dialog Profesional Guru sebelum 18 April 2021 .
           8.  Semua GKMP perlu menyediakan dan menghantar laporan analisis dapatan pencerapan serta cadangan tindakan
              penambahbaikan untuk kesemua panitia di bawah bidang masing-masing kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
           9.  Penolong Kanan Pentadbiran perlu menyediakan laporan analisis dapatan pencerapan serta cadangan tindakan
              penambahbaikan  bagi  peringkat  sekolah.  Laporan  ini  perlu  dibentangkan  dalam  Dialog  Profesional  Guru  dan
              seterusnya dipanjangkan di Dialog Profesional Panitia oleh GKMP & Ketua Panitia.

            Tugas dan Tanggungjawab Guru sebelum dan semasa Pencerapan PdPC:
           1.  Semua guru perlu bersedia untuk pencerapan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
           2.  Guru  berkenaan  perlu  memastikan  Fail  Persediaan  Mengajar  termasuk  Rancangan  Pelajaran  Harian  telah
              disediakan dengan rapi mengikut prosedur yang betul. Guru yang dicerap boleh menyediakan buku / hasil kerja
              murid di meja pegawai yang akan mencerap atau buku murid akan diambil secara rawak oleh pegawai yang
              mencerap.
           3.  Gunakan SOP PdPC dalam kelas sebagai panduan. PdPc perlu sesuai dengan tahap pencapaian murid.
           4.  PdPc perlu dijalankan mengikut amalan PdPC abad ke-21 yang berpusatkan murid serta melibatkan pelbagai aktiviti.
              Penglibatan aktif semua murid serta penilaian murid perlu dijalankan sepanjang PdPc. Teknik penyoalan mesti sesuai
              dengan tahap pencapaian murid.
           5.  Setiap  guru  yang  dicerap  dikehendaki  menggunakan  ICT  /  Google  Classroom.  Sila  pastikan  BBM  seperti  laptop,
              projektor, dokumen kamera dan lain-lain BBM telah disediakan lebih awal sebelum pencerapan bermula.
           6.  Guru  perlu  membuat  tempahan  awal  sekiranya  bilik  AVA/Makmal  ICT/Makmal  Chrome  atau  bilik  khas  perlu
              digunakan untuk pencerapan PdPc.
           7.  Pentadbir  yang  mencerap  perlu  dimaklumkan  tentang  kedudukan  kelas  yang  akan  dicerap  contohnya  di
              kelas/makmal/padang atau di bengkel.
           8.  Guru perlu menyediakan sebuah meja dan kerusi di belakang kelas untuk pentadbir yang mencerap.
           9.  Guru  perlu  menyerahkan  Buku  Persediaan  Mengajar  serta  Fail  Dokumen  Sukatan  Pelajaran,  Huraian  Sukatan
              Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan kepada pentadbir sebelum pencerapan bermula.
           10.  Guru  perlu  berbincangkan  dengan  pentadbir  tentang  kekuatan  dan  kelemahan  PdPc  selepas  pencerapan.Rekod
              pencerapan  serta  rekod  perbincangan  susulan  perlu  dicatat  di  halaman  ulasan/penyeliaan/pencerapan  Buku
              Persediaan Mengajar guru yang telah dicerap.


                                                        K18
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83