Page 74 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 74
Semasa tempoh peperiksaan
1. Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2. Guru pengawas pertama perlu memastikan semua fail , buku dan beg murid diletakkan di belakang atau hadapan
bilik darjah.
3. Sekiranya peperiksaan berlangsung pada waktu rehat, guru sebelum waktu rehat hendaklah keluar 10 minit
lewat dan guru selepas rehat masuk mengawas 10 minit awal.
4. Guru yang mengambil kertas peperiksaan perlu mengisi Buku Rekod Penerimaan Kertas Soalan dan Jawapan yang
disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan. Di dalam kelas, guru pengawas pertama perlu mengisi kehadiran murid
dalam Borang Kawalan. Nama murid yang tidak hadir perlu dicatat.
5. Guru yang mengawas peperiksaan tidak dibenarkan sama sekali mengubah masa peperiksaan sama ada
mempercepatkan atau melewatkan masa peperiksaan tanpa kebenaran dari pihak pentadbir.
6. Kedudukan murid adalah mengikut abjad dalam senarai nama kelas. Guru kelas perlu mengingatkan pelajar
kedudukan masing-masing dan guru pengawas pertama perlu memastikan murid telah berada dalam susunan
abjad.
7. Pada waktu tiada peperiksaan dijalankan, guru perlu mengajar seperti biasa dan perlu mengarah murid untuk
membersihkan kelas.
8. Guru tidak dibenarkan -: Membuat kerja sediri semasa mengawas, duduk membaca sesuatu seperti buku,
suratkhabar ataupun telefon dan memeriksa kertas jawapan murid. Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa
pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku.
9. Semasa peperiksaan sedang dijalankan, guru TIDAK DIBENARKAN mengarah murid untuk menyapu sampah atau
melakukan aktiviti lain yang mengganggu murid menjawab peperiksaan.
10. Jika ada kes soalan tertutup, guru perlu mengutip semula semua kertas soalan dan kertas jawapan dan diserahkan
kepada guru mata pelajaran.
11. Guru pengawas akhir perlu : a) Mengutip kertas peperiksaan dan mengira semua kertas jawapan yang dihantar oleh
murid dengan melengkapkan Borang Kawalan Peperiksaan dan mencatat bilangan kertas yang telah dikutip. b)
Menghantarkan kertas jawapan ke bilik peperiksaan dan menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Penerimaan
Kertas Soalan dan Jawapan.
12. Guru pemeriksa perlu mengutipkan kertas jawapan bagi kelas masing-masing paling lewat DUA HARI (2) hari
selepas peperiksaan diadakan dan menurunkan tandatangan dalam Buku Rekod Penerimaan. Jika guru pemeriksa
tidak hadir kerana cuti bersalin / cuti sakit panjang, SU Peperiksaan perlu menyerahkan skrip jawapan kelas tersebut
kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.
Selepas tempoh peperiksaan
1. Guru penyedia soalan perlu menyerahkan DUA (2) set kertas soalan, skema jawapan dan JSU kepada Ketua Panitia
dan Setiausaha Peperiksaan untuk dijilidkan.
2. Guru pemeriksa perlu menyemak kertas jawapan pelajar dan memasukkan markah ke dalam Sistem Aplikasi
Peperiksaan Sekolah (SAPS) mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan. Semakan jawapan
pelajar perlu diselaraskan mengikut subjek dan mengikut skema jawapan yang telah ditetapkan.
3. Markah 0 diberikan kepada pelajar yang memberi tiru dan meniru dalam peperiksaan setelah perbincangan dengan
pihak pentadbir. Guru pemeriksa tidak boleh mengambil tindakan sendiri.
4. Bagi guru-guru yang cuti bersalin, berkursus ataupun yang akan berpindah adalah masih tanggungjawab guru-guru
berkenaan untuk memeriksa, menilai dan merekod markah murid.
5. Bagi guru-guru yang cuti sakit panjang atau telah diwadkan, adalah tanggungjawab bersama guru-guru mata
pelajaran setingkatan untuk memeriksa, menilai dan merekod markah murid.
K14

