Page 78 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 78
PENCERAPAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC) GURU 2021
FASA 1: Jan-Mac 2021 (Pencerapan Kendiri) FASA 2: April-Julai 2021 FASA 3: Ogos-November 2021
Tugas dan Tanggungjawab AJK Pencerapan PdPC Guru:
1. Memaklumkan kepada semua guru semasa Mesyuarat JKKS/Guru ke-1 bahawa pencerapan akan dijalankan
sekurang-kurangnya tiga kali setahun untuk setiap mata pelajaran yang diajar. Contohnya, jika guru tersebut
mengajar mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka guru tersebut akan dicerap untuk
kedua-dua mata pelajaran tersebut.
2. Setiap guru perlu dimaklumkan tentang Instrumen Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran STD 4 SKPMg2 (JNJK)
yang akan digunakan untuk menjalankan pencerapan.
3. Semasa proses pencerapan , prosedur SEMAKAN BUKU akan dilaksanakan serentak.pegawai yang mencerap perl
bersedia dengan Instrumen Penyemakan latihan/hasil kerja murid (SPSK/ PK 06-1), (SPSK/ PK 06-2), (SMK (P)
METHODIST / PHKM 06-3) digunakan sebagai borang perekodan semakan
4. Pencerapan kendiri guru akan dijalankan dari Jan-Mac 2021 bagi Fasa Satu. Pencerapan PdPC guru oleh
pentadbir akan dijalankan sebanyak dua kali selepas pencerapan kendiri.
5. Pencerap perlu menjalankan proses pencerapan mengikut Jadual Pencerapan Sekolah & Bidang serta
membincangkan kekuatan dan kelemahan PdPc dengan guru yang dicerap. Rekod pencerapan serta rekod
perbincangan susulan perlu dicatat di halaman ulasan/penyeliaan/pencerapan. Buku Persediaan Mengajar guru yang
telah dicerap.
6. Semua pencerap mesti menghantar satu salinan Laporan Pencerapan yang telah disahkan oleh Pengetua kepada
Penolong Kanan Pentadbiran dan GKMP masing-masing untuk urusan analisis dan penfailan paling lewat
seminggu selepas pencerapan.
7. Penolong Kanan Pentadbiran perlu membuat rumusan pencerapan kendiri semua guru dan membentangkan
dapatan pencerapan dalam Dialog Profesional Guru sebelum 18 April 2021 .
8. Semua GKMP perlu menyediakan dan menghantar laporan analisis dapatan pencerapan serta cadangan tindakan
penambahbaikan untuk kesemua panitia di bawah bidang masing-masing kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
9. Penolong Kanan Pentadbiran perlu menyediakan laporan analisis dapatan pencerapan serta cadangan tindakan
penambahbaikan bagi peringkat sekolah. Laporan ini perlu dibentangkan dalam Dialog Profesional Guru dan
seterusnya dipanjangkan di Dialog Profesional Panitia oleh GKMP & Ketua Panitia.
Tugas dan Tanggungjawab Guru sebelum dan semasa Pencerapan PdPC:
1. Semua guru perlu bersedia untuk pencerapan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
2. Guru berkenaan perlu memastikan Fail Persediaan Mengajar termasuk Rancangan Pelajaran Harian telah
disediakan dengan rapi mengikut prosedur yang betul. Guru yang dicerap boleh menyediakan buku / hasil kerja
murid di meja pegawai yang akan mencerap atau buku murid akan diambil secara rawak oleh pegawai yang
mencerap.
3. Gunakan SOP PdPC dalam kelas sebagai panduan. PdPc perlu sesuai dengan tahap pencapaian murid.
4. PdPc perlu dijalankan mengikut amalan PdPC abad ke-21 yang berpusatkan murid serta melibatkan pelbagai aktiviti.
Penglibatan aktif semua murid serta penilaian murid perlu dijalankan sepanjang PdPc. Teknik penyoalan mesti sesuai
dengan tahap pencapaian murid.
5. Setiap guru yang dicerap dikehendaki menggunakan ICT / Google Classroom. Sila pastikan BBM seperti laptop,
projektor, dokumen kamera dan lain-lain BBM telah disediakan lebih awal sebelum pencerapan bermula.
6. Guru perlu membuat tempahan awal sekiranya bilik AVA/Makmal ICT/Makmal Chrome atau bilik khas perlu
digunakan untuk pencerapan PdPc.
7. Pentadbir yang mencerap perlu dimaklumkan tentang kedudukan kelas yang akan dicerap contohnya di
kelas/makmal/padang atau di bengkel.
8. Guru perlu menyediakan sebuah meja dan kerusi di belakang kelas untuk pentadbir yang mencerap.
9. Guru perlu menyerahkan Buku Persediaan Mengajar serta Fail Dokumen Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan
Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan kepada pentadbir sebelum pencerapan bermula.
10. Guru perlu berbincangkan dengan pentadbir tentang kekuatan dan kelemahan PdPc selepas pencerapan.Rekod
pencerapan serta rekod perbincangan susulan perlu dicatat di halaman ulasan/penyeliaan/pencerapan Buku
Persediaan Mengajar guru yang telah dicerap.
K18

