Page 80 - BUKU PENGURUSAN & TAKWIM SEKOLAH 2021
P. 80
PENYELIAAN /SEMAKAN LATIHAN / HASIL KERJA MURID 2021
Tugas dan Tanggungjawab AJK Penyeliaan/Semakan Latihan/Hasil Kerja Murid
1. Memaklumkan kepada semua guru semasa Dialog Profesional Guru 1 tentang semakan latihan/hasil kerja murid
yang akan dijalankan minimum dua kali setahun serentak semasa sesi pencerapan
2. Instrumen Penyemakan latihan/hasil kerja murid (SPSK/ PK 06-1), (SPSK/ PK 06-2), (SMK (P) METHODIST /
PHKM 06-3) digunakan sebagai borang perekodan semakan
3. Rekod perbincangan susulan boleh dicatat di bahagian ulasan dalam Borang Hasil Kerja Murid.
4. Guru-guru yang gagal menyemak buku-buku latihan / Hasil Kerja Murid kelas masing-masing akan diberikan
nasihat dan teguran. Memo peringatan juga akan dikeluarkan jika perlu.
5. Satu salinan semua Laporan Semakan Latihan/Hasil Kerja Murid yang telah disahkan oleh Pengetua perlu
dihantar kepada Penolong Kanan Pentadbiran untuk urusan penfailan, paling lewat seminggu selepas
penyemakan bersama-sama borang pencerapan.
6. Semua GKMP perlu menyediakan dan menghantar laporan analisis dapatan semakan Latihan/Hasil Kerja Murid
serta cadangan tindakan penambahbaikan untuk kesemua panitia di bawah bidang masing-masing kepada
Penolong Kanan Pentadbiran.
7. Penolong Kanan Pentadbiran perlu menyediakan laporan analisis dapatan Semakan Latihan / Hasil Kerja Murid
serta cadangan tindakan penambahbaikan bagi peringkat sekolah. Laporan ini perlu dibentangkan dalam Dialog
Profesional Guru dan seterusnya dipanjangkan di Dialog Profesional Panitia.
Tugas dan Tanggungjawab Guru
Sebelum dan Semasa Semakan Latihan/Hasil Kerja Murid
1. Setiap guru perlu diingatkan untuk menanda semua buku latihan/hasil kerja murid dengan rapi dan
mematuhi SOP Semakan Latihan/Hasil Kerja Murid sebelum buku latihan/ hasil kerja murid untuk prosedur
pemantauan dan semakan pentadbiran sekolah.
2. Setiap guru perlu bersedia dengan semakan buku latihan/hasil kerja murid setiap mata pelajaran yang diajar
semasa prosedur pencerapan dilaksanakan oleh KP/kepada pentadbir yang berkenaan mengikut Jadual
pencerapan.
3. Semua Ketua Panitia perlu menghantar salinan borang pencerapan dan semakan buku kepada GKMP. Satu
salinan untuk guru yang dicerap. Borang asal perlu diserahkan kepada PKP untuk urusan penfailan, paling
lewat seminggu selepas proseduk dilaksanakan.
K20

