Page 4 - BUKU PROGRAM MPPB@KMS 2020
P. 4

SERANGKAI KATA SEGUGUS BICARA











           EN. ZAKARIA BIN JADI
           Pengarah

           Kolej Matrikulasi Selangor
           Kementerian Pendidikan Malaysia




           Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

           Segala puji pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, dapat saya
           menyampaikan sepatah dua kata di dalam buku program Minggu Pengurusan Pelajar Baharu Sesi
           2020/2021 ini.


           Pada kesempatan ini, saya dan warga Kolej Matrikulasi Selangor mengucapkan setinggi-tinggi
           tahniah kepada semua lulusan SPM 2019 yang telah berjaya menempatkan diri di kolej ini. Saya
           merasa sungguh bertuah dan berbesar hati menerima kehadiran para pelajar cemerlang dari seluruh
           negara untuk meneruskan pengajian ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia di Kolej
           Matrikulasi Selangor.

           Dalam alaf baru yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat di mana teknologi
           dan aplikasi pendidikan dalam talian merupakan medium pembelajaran yang yang sangat penting.
           Kesediaan pelajar menghadapi PdP normal baharu adalah sangat penting dan digalakkan sejajar
           dengan keperluan PdP di peringkat Kolej Matrikulasi seterusnya ke peringkat universiti. Kesediaan
           pelajar bukan sahaja dalam bentuk fizikal, material malah kesediaan mental dan spiritual juga
           adalah penting.

           Kolej Matrikulasi Selangor telah bersiapsiaga untuk melaksanakan norma pendidikan baharu yang
           diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan dengan pemerkasaan kemahiran dan pengetahuan
           pensyarah serta melakukan beberapa perubahan            dan penjajaran dari aspek pengajaran,
           pentaksiran dan penyampaian ilmu. Ini adalah bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran
           berasaskan e-pembelajaran mencapai piawaian global dan seterusnya meningkatkan kualiti pelajar.
           Kolej Matrikulasi Selangor juga telah menyediakan prasarana pembelajaran dan penempatan yang
           kondusif dan patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk keselesaan dan keselamatan para pelajar.


           Akhir kata, bermula dari saat ini bukalah minda anda untuk meneroka, mengkaji dan menguasai ilmu,
           kemahiran dan pengetahuan seiring dengan kemajuan dunia di samping menonjolkan akhlak dan budi
           pekerti yang luhur, demi mengangkat jati diri bangsa Malaysia di persada global.



           Sekian, Selamat Menimba Ilmu.


           EN. ZAKARIA BIN JADI










                                                                                                                    2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9