Page 23 - BUKU SKRAP MAAL HIJRAH MUHAMMAD ARIF ZAKWAN
P. 23

Hari Jumaat,


                                          27 Safar tahun ke-14 kenabian

                                      (27 Safar 1H / 13 September 622M)


                                      (Bertolak dari Makkah / Gua Thur)


                   ·11 orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan

                   rumah Nabi. Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan

                   pada setengah malam iaitu ketika Nabi sedang tidur.

                   ·Kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap

                   kekasihNYA mengatasi kesempurnaan perancangan jahat

                   penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana

                   disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.

                   ·Baginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di


                   tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa
                   Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau.


                   Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya

                   ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-

                   9 dari surah Yasin. Dengan izin ALLAH, penglihatan

                   penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat

                   Baginda.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28