Page 24 - BUKU SKRAP MAAL HIJRAH MUHAMMAD ARIF ZAKWAN
P. 24
Hari Jumaat,
27 Safar tahun ke-14 kenabian
(27 Safar 1H / 13 September 622M)
(Bertolak dari Makkah / Gua Thur)
·Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak
di Utara Makkah, namun Nabi menuju selatan Makkah
sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah. Setelah 5 batu
berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Ketika melalui di
atas bukit ini, kaki Nabi yang mulia melecet kerana
bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki.
Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan
bersusah payah hingga menemui sebuah gua di
puncak bukit tersebut.
Baginda dan Abu Bakar tinggal di gua tersebut selama
3 hari.

