Page 151 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 151

•   Air liur mengandungi enzim amilase air liur yang menghidrolisis kanji menjadi maltosa.
                 •   pH air liur berada dalam julat 6.5–7.5, iaitu sesuai untuk amilase air liur bertindak dengan optimum.

                                 amilase air liur
                       Kanji + air                            maltosa
                                                                              otot dinding
                                                                               esofagus          esofagus
                 Air liur membantu makanan membentuk bolus dan                mengecut
                 menjadikannya lebih mudah untuk ditelan. Semasa
                 penelanan, epiglotis akan menutup bukaan trakea
                 supaya makanan tidak memasuki trakea. Dalam
                 esofagus, bolus makanan digerakkan secara peristalsis.
                 Peristalsis ialah tindakan pengecutan dan pengenduran   otot dinding
                                                                  esofagus            bolus
                 otot secara beritma di sepanjang salur alimentari.
                                                                 mengendur
                 Peristalsis menolak bolus melalui esofagus sehingga
                                                                                      RAJAH 9.2 Peristalsis
                 memasuki perut (Rajah 9.2).
                 Pencernaan protein dalam perut
                                                                                         Fikirkan!
                 Permukaan dalam dinding perut dilapisi oleh sel                      Kunyah perlahan-
                 epitelium yang mengalami pengubahsuaian struktur                     lahan secebis roti.
                 dan fungsi untuk membentuk kelenjar gaster (Rajah                    Cuba amati rasa roti
                                                                                      pada masa mula
                 9.3). Sel-sel epitelium ini terdiri daripada sel utama,
                                                                                      mengunyah dan
                 sel parietal dan sel mukus.                                          selepas beberapa
                 •   Sel utama merembeskan pepsinogen.                                minit mengunyah.
                 •   Sel parietal merembeskan asid hidroklorik.                       Adakah terdapat
                                                                                      sebarang
                 •   Sel mukus merembeskan mukus.
                                                                                      perbezaan dalam         BAB 9
                                                                                      rasa roti tersebut?
                                            kelenjar gaster
                     esofagus
                         perut

                    epitelium





                  duodenum

                          sfinkter

                              RAJAH 9.3  Struktur perut dan tisu kelenjar gaster
                                                                                                sel mukus
                 Pepsinogen  ialah enzim tidak aktif yang akan
                 diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk menjadi enzim                           sel parietal
                 pepsin. Enzim pepsin kemudiannya menghidrolisis
                 protein menjadi polipeptida.
                                                                                                sel utama
                                    pepsin
                     Protein + air                          polipeptida

                 9.2.3
                                                                                                    145
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156