Page 201 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 201
Refleksi Kendiri
Adakah anda telah menguasai konsep penting berikut?
• Sistem peredaran dalam organisma multisel
• Komponen sistem peredaran manusia serta membanding dan membezakan antara jenis-jenis
salur darah
• Mekanisme denyutan jantung manusia dan penghasilan daya yang menyebabkan
peredaran darah
• Mekanisme pembekuan darah
• Kumpulan darah ABO dan faktor Rhesus
• Isu kesihatan berkaitan sistem peredaran darah
• Proses pembentukan bendalir tisu dan limfa
• Menghuraikan komponen sistem limfa
• Isu kesihatan berkaitan sistem limfa
Praktis Sumatif 10
1 Seorang mangsa kemalangan yang mempunyai kumpulan darah jenis B memerlukan
pemindahan darah dengan serta-merta. Adakah selamat untuk dia menerima darah
daripada individu yang mempunyai kumpulan darah jenis O? Terangkan mengapa.
2 Seorang individu mempunyai bilangan eritrosit yang rendah.Terangkan kesan keadaan
ini terhadap kesihatannya. Cadangkan jenis makanan yang perlu dimakan oleh individu
tersebut untuk memulihkan keadaan ini.
3 Jantung manusia mempunyai perentak jantung. Perentak jantung yang rosak boleh diganti
oleh perentak elektronik. Huraikan bagaimana perentak elektronik berfungsi.
4 Namakan satu contoh nutrien dalam darah dan huraikan bagaimana nutrien tersebut dapat
diangkut ke sel.
5 Salah satu salur limfa seorang individu didapati tersumbat.
(a) Huraikan kesan terhadap sistem limfa individu tersebut.
(b) Jelaskan apa akan terjadi sekiranya salur limfa di bahagian kaki tersumbat.
195

