Page 202 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 202

6  Rajah 1(a) menunjukkan skema sistem peredaran darah dalam manusia dan Rajah 1(b)
                     menunjukkan skema sistem peredaran darah dalam ikan.

                             Kepala, leher, lengan


                                                                     JANTUNG
                                  Peparu



                                JANTUNG               Insang                           Badan




                                                                         (b)


                                                       RAJAH 1
                                  Badan
                                   (a)

                      (a)  Terangkan sistem peredaran darah ikan.
                     (b)  Berdasarkan Rajah 1, bandingkan antara sistem peredaran darah manusia dan ikan.
                      (c)  Terangkan persamaan antara kedua-dua sistem peredaran darah.
                      (d)  Mengapakah pengaliran darah ikan menghadapi lebih banyak rintangan berbanding
                         dengan pengaliran darah dalam manusia dan jelaskan bagaimana ikan mengatasi
                         masalah ini?

                 Soalan Esei

                   7  Penyakit jantung koronari merupakan penyebab utama kematian dalam negara kita. Berikut
                     adalah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit itu:
                     •   merokok
                      •   gizi yang tidak seimbang
                      •   gaya hidup yang tidak sihat
                      Terangkan bagaimana faktor-faktor tersebut menyumbang terhadap penyakit
                     jantung koronari.

                   8  (a)  Terangkan bagaimana pengecutan otot jantung secara beritma berlaku.
                     (b)  Kaki Ali berasa kebas setelah duduk bersila selama 1 jam. Cadangkan tindakan yang
                         patut diambil dan jelaskan alasan anda.
                      (c)  Elly suka makan rendang daging dan nasi lemak. Terangkan mengapa amalan
                         pemakanan ini untuk jangka masa lama boleh membawa kesan buruk
                         terhadap kesihatannya.







                196
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207