Page 209 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 209
Keradangan
Keradangan ialah satu gerak balas pantas yang memusnahkan Lensa Biologi
dan meneutralkan tindakan berbahaya mikroorganisma dan toksin Nanah ialah campuran
pada peringkat awal jangkitan. Bahagian yang radang membengkak, mikroorganisma,
menjadi merah dan berasa sakit. Gerak balas keradangan ditunjukkan cebisan tisu dan sel
dalam Rajah 11.4. darah putih yang
kawasan jangkitan boleh didapati di tapak
kulit jangkitan yang serius
atau tisu rosak.
1 Tisu yang rosak membebaskan
histamin. Histamin merangsang
gerak balas keradangan
dengan serta-merta.
2 • Histamin menyebabkan
pengembangan kapilari darah bakteria
bagi membolehkan aliran
darah yang lebih banyak ke
kawasan jangkitan. 4 Sel fagosit
menjalankan fagositosis.
• Histamin juga meningkatkan sel fagosit
ketelapan kapilari darah
terhadap sel fagosit.
• Sel fagosit dan faktor histamin
pembeku berkumpul di
kawasan jangkitan. platlet
3 Mekanisme pembekuan
darah dicetuskan. antigen
tapak reseptor
RAJAH 11.4 Gerak balas keradangan
RAJAH 11.4 Gerak balas keradangan
antigen
Barisan pertahanan ketiga
antibodi
Sekiranya patogen berjaya mengatasi barisan pertahanan
kedua, barisan pertahanan ketiga akan diaktifkan untuk BAB 11
bertindak. Barisan pertahanan ketiga merupakan gerak
balas keimunan oleh sel limfosit.
• Sel limfosit yang terbentuk di dalam nodus limfa
menghasilkan antibodi. sel limfosit
• Tindakan antibodi adalah spesifik. Setiap jenis antibodi
hanya boleh bergabung dengan antigen tertentu (Rajah 11.5).
• Apabila seseorang dijangkiti patogen, sejumlah besar sel limfosit
terkumpul di dalam nodus limfa untuk memusnahkan antigen dan
bendasing. Hal ini menyebabkan nodus limfa membengkak.
• Nodus limfa juga mengandungi makrofaj yang memusnahkan bakteria, tisu
mati dan bendasing secara fagositosis. RAJAH 11.5 Molekul
• Limfosit dibahagikan kepada dua jenis iaitu sel limfosit T dan sel limfosit B. antigen akan bergabung
• Sel limfosit T menyerang sel-sel yang dijangkiti oleh patogen. Sel limfosit T dengan tapak reseptor
juga merangsang sel limfosit B untuk menghasilkan sel memori. antigen yang terdapat pada
• Sekiranya patogen yang sama menyerang, sel memori akan dirangsang molekul antibodi
untuk menghasilkan antibodi dengan serta-merta.
11.1.2 203

