Page 212 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 212

Keimunan pasif dan keimunan aktif
                                       Mari kita melihat dengan lebih mendalam keimunan aktif dan
                    Fikirkan!          keimunan pasif.
                  Mengapakah murid
                  perempuan sahaja                     KEIMUNAN AKTIF
                  diberi suntikan
                  HPV (Human          •   Antibodi dihasilkan secara semula jadi oleh sel limfosit.
                  papillomavirus)?
                                      •   Keimunan aktif kekal untuk jangka masa yang lama.






                       KEIMUNAN AKTIF SEMULA JADI                      KEIMUNAN AKTIF BUATAN
                   •   Apabila seseorang dijangkiti patogen, sel-  •   Untuk melindungi diri daripada dijangkiti
                       sel limfosit akan menghasilkan antibodi      penyakit yang sangat berjangkit,
                       sebagai gerak balas terhadap antigen.        seseorang individu boleh diimunkan
                   •   Apabila individu sembuh daripada             terhadap penyakit tersebut.
                       sesuatu jangkitan, individu tersebut akan   •   Imunisasi ialah proses merangsang
                       memperoleh keimunan kekal terhadap           keimunan terhadap penyakit tertentu
                       penyakit tersebut.                           melalui suntikan vaksin.
                   •   Sekiranya individu yang sama diserang    •   Vaksin ialah ampaian patogen yang
                       sekali lagi oleh patogen yang sama, sel      lemah, mati atau tidak virulen.
                       limfosit yang menyimpan memori tentang   •   Apabila vaksin disuntik ke dalam badan,
                       patogen tersebut, iaitu sel memori, akan     vaksin akan merangsang sel limfosit
                       menghasilkan antibodi dengan cepat           untuk menghasilkan antibodi bagi
                       untuk bertindak dengan serta-merta           menentang patogen.
                       terhadap antigen tersebut.
                                                                •   Suntikan vaksin yang pertama biasanya
                                                                    menyebabkan penghasilan aras antibodi
                                                                    yang rendah dan tidak mencukupi
                                                                    untuk melindungi seseorang daripada
                                                                    penyakit. Dos penggalak perlu diberi
                                                                    untuk meningkatkan semula penghasilan
                                                                    antibodi ke satu aras keimunan yang
                                                                    dapat melindungi seseorang daripada
                                                                    penyakit tersebut.
                                                                •   Sekiranya individu tersebut dijangkiti
                                                                    patogen yang sebenar, sel limfosit
                                                                    dapat menghasilkan antibodi yang
                                                                    mencukupi dan dapat bertindak dengan
                                                                        serta-merta untuk memusnahkan
                                                                           patogen tersebut.
               GAMBAR FOTO 11.2 Seseorang individu yang
                                                                              • Contoh vaksin ialah vaksin
               sembuh daripada penyakit cacar air atau penyakit                Salk untuk penyakit
               influenza memperoleh keimunan aktif semula jadi
                                                                                poliomielitis, vaksin BCG
                                                                                (Bacille Calmette Guerin)
                                                                                untuk penyakit tibi dan
                            GAMBAR FOTO 11.3 Imunisasi                          vaksin HPV untuk penyakit
                            melindungi seseorang daripada                       kanser serviks.
                            jangkitan penyakit berjangkit
                206                                                                              11.3.1
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217