Page 236 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 236

12.5                       Isu Kesihatan Berkaitan

                                        Sistem Saraf Manusia



                                        Penyakit sistem saraf
                Dunia Biologi Kita
                                        Kita harus bersyukur kerana mempunyai sistem saraf pusat yang
                 Risiko penyakit        berfungsi dengan baik. Akan tetapi, sistem saraf pusat boleh menjadi
                 Alzheimer lebih        rosak dan tidak berfungsi secara efisien.
                 tinggi dalam           Beberapa contoh isu kesihatan yang berkaitan dengan sistem saraf
                 kalangan individu
                 yang jarang            diberikan di bawah.
                 mencabar minda
                 mereka untuk                                SKLEROSIS BERGANDA
                 belajar dan berfikir
                 secara kritikal.         Penyakit progresif akibat ketidaknormalan sistem keimunan yang
                                          menyerang salut mielin dalam otak dan saraf tunjang.Kerosakan salut
                                          mielin menghalang penghantaran impuls dari dan ke otak.
                       EPILEPSI
                 Kejadian aktiviti tidak
                                                             PENYAKIT ALZHEIMER
                 normal di bahagian
                 tertentu otak            Penyakit ini menyebabkan kehilangan keupayaan untuk menaakul dan
                 menyebabkan sel-sel      menjaga diri sendiri. Pesakit biasanya bercelaru, mudah lupa dan hilang
                 saraf mengeluarkan       arah walaupun berada di tempat yang lazim. Sekiranya kemerosotan
                 isyarat yang luar biasa.   otak berterusan, pesakit tersebut akan kehilangan kebolehan untuk
                 Seseorang yang           membaca, menulis, makan, berjalan dan bertutur.
                 mengalami epilepsi
                 mungkin  berkeadaan
                 tidak sedar                                 PENYAKIT PARKINSON
                 dan mengalami
                                          Penyusutan sistem saraf yang menyebabkan anggota badan, rahang,
                 kekejangan otot.
                                          kaki dan muka seseorang terketar-ketar. Pesakit juga mempunyai
                                          kesukaran untuk mengekalkan postur dan keseimbangan badan.


                    LUMPUH OTAK                LOU GEHRIG/AMYOTROPHIC LATERAL SCLEROSIS (ALS)
                  (CEREBRAL PALSY)
                                          Penyakit ini disebabkan oleh kemerosotan dan kematian neuron
                 Lumpuh otak              motor yang mengawal pergerakan otot seperti mengunyah, berjalan
                 berlaku disebabkan       dan bertutur.
                 oleh kerosakan
                 otak sebelum atau
                 selepas kelahiran             ATTENTION-DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)
                 bayi. Kemungkinan
                                          Sejenis penyakit otak yang menyebabkan seseorang menjadi hiperaktif,
                 juga berlaku semasa
                 kanak-kanak berumur      tidak boleh memberi tumpuan dan mudah menjadi bosan.
                 3–5 tahun. Penyakit
                 ini menyebabkan
                                                                   AUTISME
                 kegagalan otot dan
                 keupayaan motor          Sejenis penyakit berkaitan dengan perkembangan saraf dalam otak.
                 pergerakan berfungsi     Autisme menyebabkan seseorang individu menghadapi masalah
                 dengan sempurna.         berkomunikasi dan berinteraksi.


                230                                                                              12.5.1
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241