Page 231 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 231

Sinaps memainkan peranan penting untuk membenarkan impuls saraf       Lensa Biologi
                 dipindahkan dalam satu arah. Dengan itu, sinaps boleh  mengawal jenis
                                                                                    Ular tedung
                 impuls yang merentasinya.
                                                                                    mempunyai bisa
                 Penghantaran impuls merentasi sinaps                               yang menyebabkan
                                                                                    kelumpuhan dengan
                 Pemancaran impuls merentasi sinaps adalah secara kimia. Bahan      menghalang
                                                                                    tindakan pengutus
                 kimia yang terlibat ialah neurotransmiter  yang disimpan dalam
                                                                                    neurotransmiter.
                 vesikel sinaps yang terkumpul di hujung bonggol sinaps.  Dua contoh
                 neurotransmiter yang dijumpai di kebanyakan sinaps ialah asetilkolina
                 dan noradrenalina. Contoh lain ialah serotonin dan dopamina.
                 Proses pemancaran impuls melalui sinaps adalah lambat kerana proses
                 ini berlaku secara kimia. Pada mulanya, isyarat elektrik ditukar kepada
                 isyarat kimia dalam bentuk neurotransmiter, kemudian penukaran
                 semula bahan kimia kepada isyarat elektrik pada membran neuron
                 penerima. Penghantaran impuls merentasi sinaps ditunjukkan
                 dalam Rajah 12.9.                                                       TMK 12.1
                                                                                         Video: Sinaps
                                                                                    (Dicapai pada 21 Ogos 2019)
                  1      Apabila impuls elektrik sampai ke
                         bonggol sinaps, vesikel sinaps
                         dirangsang untuk membebaskan
                         neurotransmiter ke dalam sinaps.



                  2      Neurotransmiter               bonggol sinaps                     mitokondrion
                         meresap melalui sinaps
                         dan bergabung dengan
                         protein reseptor spesifik
                         yang merupakan         neurotransmiter                               vesikel sinaps
                         reseptor pada dendrit
                         neuron penerima.
                                                sinaps                                             neuron
                                                                                                   penerima
                                                            1
                  3      Penggabungan                                                           protein       BAB 12
                         neurotransmiter
                         dengan reseptor
                         merangsang                               2                             reseptor
                         pencetusan impuls                                 3
                         yang seterusnya
                         supaya impuls dapat
                         dipancarkan terus
                         melalui neuron ini.

                                                          RAJAH 12.9  Penghantaran impuls merentasi sinaps

                 Bonggol sinaps mengandungi banyak mitokondrion untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk
                 penghantaran impuls saraf.
                 12.3.4                                                                             225
   226   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236