Page 1 - Lompat Jauh
P. 1
LOMPAT JAUH
Peraturan Asas
1. Giliran peserta untuk membuat lompatan haruslah ditentukan menerusi undian
yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
2. Lompatan peserta akan dikira dengan mengambil lompatan yang terbaik iaitu
lompatan yang paling jauh jarak.
3. Jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap peserta akan diberikan tiga
percubaan lompatan. Hanya lapan peserta yang terbaik akan diberi tambahan
tiga kali percubaan mengikut susunan terbaik berdasarkan pencapaian. Jika
terdapat lapan peserta atau kurang, mereka diberi enam kali percubaan
lompatan. Setiap peserta diberi masa satu minit untuk melakukan lompatan.
Sebarang keputusan seri dirujuk kepada lompatan kedua terbaik. Jika masih
sama, rujuk lompatan ketiga terbaik.
4. Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dan dibatalkan dalam situasi
berikut:
Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan
dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat.
Papan Lonjakan

