Page 3 - Lompat Jauh
P. 3
5. Lompatan dikira batal jika :
a. Melonjak dari luar hujung papan lonjakan sama ada selepas atau sebelum
garisan lonjakan
b. Menyentuh bumi selepas papan lonjakan (papan berwarna putih)
c. Menyentuh tanah diantara papan lonjakan dan kawasan pendaratan
d. Mendarat di luar tempat mendarat (di antara tempat mendarat dan papan
lonjakan)
6. Peserta dibenarkan membuat lompatan dari kawasan di belakang papan
melonjak.
7. Peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat jauh untuk membuat
percubaan atau latihan ketika pertandingan berlangsung.
8. Ukuran jarak lompatan haruslah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan
paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik
itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh.
9. Permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan
permukaan papan melonjak bagi memastikan setiap lompatan diukur dengan
betul dan tepat.
10. Larian haruslah dilakukan oleh peserta di dalam lorong larian yang disediakan.
11. Lompatan harus dilakukan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.

