Page 15 - PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN
P. 15
RENTAP
Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan , merupakan
seorang tokoh pahlawan Iban dayak dan merupakan salah seorang
wira Iban yang dikenali di Sarawak semasa pemerintahan Raja
Putih atau nama sebenarnya James Brooke .
James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban . Pada 19 Ogos 1844 di Karangan
Peris dalam daerah Skrang , Rentap bersama pasukannya buat
pertama kalinya bertempur dengan pasukan James Brooke dan
Kapten Keppel .
Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok . ramai pahlawan
Iban yang menyokongnya . Pertempuran yang sengit berlaku
antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok . Rentap telah
berundur ke Sungai Entabai dan tidak dikesan selepas itu .

