Page 16 - PERJUANGAN TOKOH-TOKOH TEMPATAN
P. 16
SHARIF MASAHOR
Sharif Masahor atau nama sebenarnya Sayyid Mashhur bin Muhammad Al
Shahab . Beliau dikenali sebagai seorang pahlawan melayu yang terkenal di
Sarikei , Sarawak pada masa era James Brooke di negeri tersebut . Beliau
merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh masyarakat Iban dan
Melanau .
Pada tahun 1855 , Sharif Masahor telah menyerang Mukah . Beliau berjaya
mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong James Brooke .
Sharif Masahor , Datu Patinggi Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim
telah mengadakan kerjasama untuk menyerang Kuching . Sharif Masahor
tidak dapat mengalahkan pasukan tentera Charles Brooke iaitu anak
saudara James Brooke . Pada tahun 1861 , Sharif Masahor ditewaskan dan
dibuang ke Singapura .
Setelah dibebaskan , Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk membantu
Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.

