Page 269 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 269

PENGENALAN





        1            Tugas utama seseorang guru ialah untuk menyedia dan memberikan pengajaran yang seberapa baik serta

                     berkesan kepada murid-murid.





        2            Tugas ini sebenarnya bukanlah mudah tetapi memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan tanggungjawab yang berat
                     bagi melaksanakan dengan sepenuhnya.





        3            Seseorang guru yang memang bersedia untuk menghadapi tugas ini biasanya akan meneliti bersungguh-sungguh

                     setiap komponen dalam proses persediaan mengajar.




        4           Secara umumnya, perkara-perkara yang berkaitan dalam setiap komponen atau bahagian yang dimaksudkan ialah

                    seperti penentuan tajuk, kebolehan sedia ada, induksi set, penentuan objektif pengajaran, strategi perancangan

                    perkembangan, persediaan, penyampaian, penyoalan, sumber pengajaran, kemahiran, nilai dan penilaian.



         5           Untuk memudahkan huraian setiap komponen tersebut kita bahagikan kepada tiga bahagian, iaitu perancangan

                     persediaan mengajar, langkah-langkah penyampaian dan penutup.






   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274