Page 319 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 319
TEKNIK PEMIKIRAN ANALITIKAL DAN KREATIF
PETA MINDA
Peta minda merupakan suatu lukisan yang mengumpulkan semua maklumat yang
hendak diingat. Untuk melukis sebuah peta minda yang berkesan, pelajar mestilah :
▪ Memahami topik untuk dijadikan peta minda.
▪ Boleh menggantikan kenyataan-kenyataan penting bagi setiap perkataan asas.
▪ Menyusun maklumat dengan teratur mengikut keutamaannya atau dalam
bentuk kumpulan.
▪ Tambah warna, lukisan, garisan untuk membuatkan peta minda itu menarik.
Kelebihan:
▪ Teks yang ringkas dan mudah faham – mengelak mata letih dan rasa bosan.
▪ Grafik memudahkan pemahaman.
▪ Lakaran gambar mengekalkan ingatan.
▪ Garisan-garisan yang bersambung dan berkembang mencetuskan pemikiran
kritis.
▪ Kata kunci meningkatkan kemahiran perkaitan fakta / isi.
▪ Penggunaan warna boleh meningkatkan kesegaran dan minat minda.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

