Page 373 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 373
PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN PENEROKAAN
❑ Pendekatan ini sesuai dalam menyokong pendekatan konstruktivisme, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan
kepada:
✓ Pemikiran kritis,
✓ Penyelesaian masalah dalam masa sebenar (real-time),
✓ Pengalaman pembelajaran dalam situasi yang nyata (praktikal) dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi
sosial.
❑ Selain daripada mencapai maklumat terus daripada internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di
dalam CD-ROM seperti pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
❑ Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan.
❑ Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa
yang lama.
❑ Situasi yang sesuai untuk pendekatan ini:
✓ Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.
✓ Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
✓ Aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.
✓ Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

