Page 173 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 173
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
PEMERHATIAN
PROSEDUR MEREKOD DATA PEMERHATIAN
❑ Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu merancang pendekatan untuk merekod data. Apa yang perlu direkod?
Bagaimana ia akan direkod? Adalah merupakan dua soalan penting yang perlu diberi perhatian.
❑ Nota pemerhatian mempunyai pelbagai format. Di antara format yang selalu digunakan adalah berbentuk protokol yang
mengandungi lajur untuk nota deskriptif di sebelah kiri dan nota reflektif dilajur sebelah kanan. Lajur nota reflektif adalah penting
kerana ia termasuk pandangan analitik serta komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan.
❑ Komen pemerhati adalah merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan petunjuk kepada fokus
pengumpulan data. Ia juga mungkin menyediakan soalan penting untuk temubual selanjutnya.
❑ Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan kita merekodkan apa yang diperhatikan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

