Page 175 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 175
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
PEMERHATIAN
PROSEDUR MEREKOD DATA PEMERHATIAN
❑ Semasa menjalankan kajian, penyelidik akan terlibat dalam pelbagai pemerhatian. Protokol atau borang untuk merekod
maklumat adalah perlu untuk mencatatkan pemerhatian.
❑ Protokol boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur bagi memisahkan nota
deskriptif dan nota reflektif.
❑ Nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa
tertentu dan aktiviti-aktiviti.
❑ Nota reflektif pula memberi peluang kepada penyelidik untuk merekod fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan, masalah,
idea, impresi atau prasangka (Bogdan dan Biklen, 1992, ms. 121). Juga dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan
maklumat demografi yang berkaitan dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat/latar kajian.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

