Page 37 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 37
PENAMPILAN FSK DI
MEDIA massa
Prof. Madya Dr. Nazirah Lee daripada
Jabatan Sejarah, FSK telah menukilkan
rencana dalam Berita Harian pada Sabtu,
11 September 2021. Rencana yang
bertajuk ‘Pemahaman Sejarah Beri Iktibar,
Kukuh Jati Diri Masyarakat’ menyentuh
aspek perpaduan kaum dan pengukuhan
semangat cintakan negara.
Prof. Madya Dr. Adnan Jusoh dari Jabatan Sejarah FSK menerbitkan penulisan di kolum
Komentar dalam Berita Harian. Artikel yang ditulis dipaparkan dalam akhbar bertarikh 21 Ogos
2021 bertajuk ‘Sektor Pelancongan Berasas Warisan Harapkan Pemulihan.’ Manakala artikel
seterusnya diterbitkan di ruangan Rencana bertajuk ‘Tapak Warisan Peringatan kepada Rakyat
Kekalkan Perpaduan.’
17

