Page 39 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 39

PERLANTIKAN DAN

         ANUGERAH






                                                                       Sukacita    pihak    Unit   Berita   dan

                                                                Pencapaian merakamkan setinggi-tinggi tahniah
                                                                kepada Prof. Dr. Ishak bin Saat yang merupakan
                                                                profesor  di  Jabatan  Sejarah,  Fakulti  Sains
                                                                Kemanusiaan.  Beliau  telah  dilantik  sebagai
                                                                Pengerusi  Pakar  Rujuk  bagi  kurikulum  Sejarah

                                                                dan buku teks bagi pelajar tahun 6 Kementerian
                                                                Pendidikan  Malaysia  (KPM).  Perlantikan  ini
                                                                berkuatkuasa mulai 12 hingga 17 Julai 2021.


                                                                       Perlantikan  ini  merupakan  pengiktirafan
                                                                yang diberikan oleh KPM atas pencapaian unggul
                                                                beliau  selama  ini.    Semoga  kejayaan  ini  dapat
                                                                memberikan  suntikan  semangat  kepada  semua

                                                                kakitangan FSK untuk meningkatkan potensi diri
                                                                dan  terus  menyumbang  kepada  perkhidmatan
                                                                yang terbaik di UPSI.

                                                                Tahniah dan syabas !























                               Seluruh warga FSK merakamkan ucapan tahniah atas perlantikan sebagai Dato’ Seri

                               Utama Diraja Mufti Selangor ketujuh kepada Sahibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir.

                               Sahibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir sebelum ni merupakan Timbalan Mufti sejak
                               tahun 2016. Beliau telah menerima watikah pelantikan sebagai mufti baharu daripada
                               Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di
                               Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Selamat bertugas diucapkan.


      33
    19
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44