Page 43 - e-Buletin FSK Edisi November Bil. 01 / 2021
P. 43
PERLANTIKAN DAN
ANUGERAH
UPSI telah menganjurkan Anugerah Akademia UPSI bagi meraikan sambutan Hari Akademia
Negara. Anugerah Akademia UPSI (A2U) adalah wadah bagi mengiktiraf dan menyanjung ahli akademik
UPSI yang telah mengharumkan nama UPSI dalam pelbagai bidang ilmu.
Seluruh warga FSK mengucapkan tahniah kepada 3 orang pensyarah Jabatan Pengajian Islam
(JPI) mewakili FSK yang memenangi 4 anugerah atas pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai
kategori. Prof. Madya Dr. Muhammad Rozaimi bin Ramle menerima dua anugerah, iaitu Anugerah
Kertas Polisi dan Anugerah Penerima Geran Swasta/Industri. Manakala Prof. Madya Dr. Abd Rahman
Abd Ghani menerima Anugerah Penerima Geran Antarabangsa. Dr. Miftachul Huda pula telah terpilih
dalam kategori Anugerah Khas – Top 2% Scientist in His Field Worldwide.
23

