Page 45 - Kaedah Pengajaran - Azean Rahim
P. 45

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH






                                  3 ELEMAN UTAMA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH



           Pembelajaran secara aktif dan kolaboratif

         •    Penglibatan aktif murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu cara untuk mendorong murid aktif dalam PdP adalah melalui pembelajaran
              secara kolaboratif.
         •    Pembelajaran bercorak gerakerja (hands-on) dan mengajar orang lain dapat meningkatkan kadar pengekalan ingatan.

         •    Menurut McKeachie (1980) interaksi aktif semasa belajar membantu murid belajar dan mengaplikasi pengetahuan.
         •    Kolaborasi dan pembelajaran aktif membuka peluang untuk murid mengutarakan pendapat, mendengar pendapat orang lain, membaca, menulis dan
              membuat refleksi pembelajaran.





            Pembelajaran secara mendalam (deep approach learning)


         •    PBM membantu murid belajar lebih bermakna dan secara mendalam. Hal ini meningkatkan mutu pembelajaran yang dihasilkan.
         •    Pembelajaran menjadi lebih berkualiti kerana murid terlibat secara aktif untuk membina pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep baharu yang
              dipelajari.

         •    Menurut Ramsden (2002), pembelajaran aktif membolehkan murid mengaitkan pengetahuan baru dan lama, mengurus pengetahuan ke dalam kerangka yang
              lebih menyeluruh dan menyedari aspek praktik pengetahuan tersebut. Dengan cara ini, boleh menimbulkan pembelajaran secara mendalam dan
              meningkatkan kualiti pembelajaran.







   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50