Page 2 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 2

UCAPAN  PENGARAH


                             Kolej vokasional klang





         Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat sama-sama  mengadakan Hari Q-Pembudayaan
         Inovasi    Kolej  Vokasional  Klang  Tahun  2021.    Terlebih  dahulu  ucapan  terima  kasih  dan  tahniah  kepada
         Jawatankuasa  Hari  -Q  atas  kejayaan  mengadakan  pertandingan  ini.  Dalam  situasi  pendemik  sekarang,
         pelaksanaan Hari Q ini 100% dilakukan secara atas talian,  bermula daripada mesyuarat hinggalah kepada
         pembentangan  hasil  inovasi  semua  peserta,  Hal  ini  bukanlah  suatu  perkara  yang    mudah  namun  tidak
         mustahil untuk dilaksanakan.

         Tuan/puan sekalian,

         Matlamat  Hari  Q  adalah  untuk  mencungkil  bakat  dan  kemahiran    berorientasikan    pengajaran  dan
         pembelajaran dalam kalangan warga KV sama ada para guru  mahupun   pelajar .Seterusnya program ini
         diharap  dapat   memupuk  budaya  inovasi  yang berterusan dan  menjadikannya sebagai  satu   budaya buat
         warga  KV  Klang.  Kita  tahu  ,  sepanjang  proses  pdpr  secara  online  ,  banyak      pertandingan  inovasi  yang
         disertai  oleh  para  guru  dan  terdapat  guru-guru  yang  berjaya  mendapat  pengiktirafan.  Tahniah  diucapkan
         kepada semua.

         Hadirin sekalian,
         Inovasi dan kreativiti amat penting untuk  mana-mana organisasi agar tidak ketinggalan dalam  dunia yang
         semakin mencabar. Kita dapat melihat pelbagai ciptaan  dan rekaan sama ada yang baharu atau pun ciptaan
         yang  ditambah  baik  telah  berjaya  dicipta  dan  dihasilkan  .  Dengan  adanya  pertandingan  inovasi  ini,  para
         pelajar dan guru dapat melakukan penyelidikan  dan membangunkan idea-idea yang mendatangkan manfaat
         kepada semua,

         Seperti  mana  yang  diketahui  ,budaya    inovasi  ini  akan  dapat  memudahkan    atau  menyelesaian  sesuatu
         masalah . Hal ini demikian kerana dengan mengaplikasi inovasi dalam kehidupan, kita akan dapat membantu
         melakukan pelbagai perubahan yang boleh  memberikan impak kepada diri dan masyarakat. Sebagai contoh
         inovasi  dalam    kaedah  pengajaran  dapat  memudahkan  seorang  guru  untuk  mengajar.  Inovasi  dalam
         penggunaan  peralatan  dapat  menjimatkan  masa  dan  tenaga,  Melalui  inovasi  juga,  pelajar  akan  menjadi
         seorang pelajar yang lebih kreatif dan penuh dengan sikap ingin meneroka sesuatu yang baharu.

         Hari Q ini juga bertujuan  untuk menggalakkan pelajar kita melakukan kajian dan melakukan penyelidikan
         dalam menghasilkan idea-idea yang kreatif mengikut kursus masing-masing. Sebagai pelajar TVET, pelajar
         kita  boleh  mengaplikasikan  segala  teori  yang  dipelajari  dalam  menghasilkan  idea-idea  yang    kreatif  dan
         rekaan yang   berinovatif . Budaya ini perlu ada dalam diri pelajar sebagai persediaan sebelum menempuh
         alam pekerjaan. Dengan pendedahan ini mereka akan lebih bersedia sebagai tenaga kerja yang hebat dan
         bernilai dalam bidang masing-masing.


         Sekian, terima kasih.
   1   2   3   4   5   6   7