Page 3 - BUKU PROGRAM HARI Q KOLEJ VOKASIONAL KLANG 2021
P. 3

PENGENALAN









          Selaras dengan misi Bahagian Pendidikan Teknik, Latihan dan Vokasional (BPLTV)

          iaitu  Memperkasa    Pendidikan  Teknikal  dan  Vokasional  Melalui  Pelaksanaan

          Program  Yang  Berkualiti,  maka  adalah  menjadi  tanggungjawab    warga  Kolej

          Vokasional Klang   menyokong dan  merealisasikan misi ini. Misi ini boleh  dicapai

          melalui  proses  pengajaran  dan  pembelajaran,  serta  aktiviti  atau  program  yang

          berkualiti . Selain itu, misi ini juga boleh   dicapai melalui peningkatan produktiviti dan

          kualiti organisasi yang lebih sistematik, cekap dan berkesan,. Oleh itu Unit Jaminan

          Kualiti kolej telah merancang  untuk mengadakan Hari Q yang mana pada tahun ini

          hanya  memberi  fokus  pada  pembudayaan  inovasi    memandangkan  situasi  negara

          yang  masih  berhadapan  dengan  pandemik  Covid  19.    Aktiviti  ini    diadakan  bagi

          menarik  minat  serta  mengasah  bakat      pelajar  dalam  pelbagai    kemahiran  dalam

          bidang  vokasional    di  samping  membugarkan  inovasi  dalam    kalangan  pensyarah

          dan juga semua warga kolej.
   1   2   3   4   5   6   7   8