Page 55 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 55
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
(c) Namakan persatuan yang menjaga kepentingan masyarakat India di Tanah Melayu.
(i) Persatuan India Taiping
(ii) Persatuan India Pulau Pinang
(iii) Malayan Indian Association (MIA)
(iv) Central India Association of Malaya (CIAM)
(d) Namakan tokoh yang menubuhkan persatuan di bawah.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Tokoh Persatuan
(i) G.V. Thaver Malayan Indian Association (MIA)
(ii) Dr. A.M. Soosay Central India Association of Malaya (CIAM)
(e) Terangkan tentang Central India Association of Malaya (CIAM).
Ditubuhkan pada bulan Oktober 1936 yang dipimpin oleh Dr. A.M. Soosay. CIAM menggabungkan
12 persatuan India dan 4 dewan perniagaan. Berjaya mengembangkan idea nasionalisme masyarakat
India di Tanah Melayu di samping menjaga kebajikan mereka. Pergerakan CIAM disemarakkan dengan
lawatan Pandit Jawaharlal Nehru ke Tanah Melayu pada tahun 1937.
(f) Huraikan perkembangan persatuan masyarakat Sikh.
Menjadikan berek polis, kuarters kerajaan dan gurdwara sebagai aktiviti sosial dan keagamaan. Gurdwara
menjadi tempat penting mengembangkan kesedaran politik anti-British. Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan
pada tahun 1902 untuk menjaga kepentingan masyarakat Sikh.
26. Lakukan aktiviti berikut. SP K9.3.6 TP6 GURU Pendidikan Sivik
GURU
PAK-21 Pengurusan Grafik
(a) Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan.
(b) Setiap kumpulan akan membincangkan tentang:
(i) Maksud semangat cinta akan negara.
(ii) Kepentingan semangat cinta akan negara.
(iii) Cadangan mengukuhkan semangat cinta akan negara.
(iv) Kesan jika rakyat tidak memiliki semangat cinta akan negara.
(c ) Hasil perbincangan dibentang dalam bentuk peta minda atau infografik.
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya:
• menerangkan perkembangan nasionalisme di negara kita.
• mengetahui perjuangan nasionalisme di negara kita melalui golongan intelektual, penulisan dan persatuan.
© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 28
02 Bab 2.indd 28 9/28/21 8:56 AM

