Page 56 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 56
Sejarah Tingkatan 4 Bab 2
PBD
PBD 2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme Buku Teks ms. 42 – 43
PBD
27. Lengkapkan ayat berikut dengan maklumat berkaitan kesan perkembangan nasionalisme di negara kita.
SP 9.3.4 TP4
Politik
(a) Meningkatkan bilangan orang Melayu dalam Malayan Civil Service (MCS).
(b) Pengenalan Dasar Desentralisasi berjaya mengembalikan semula kuasa sultan dan
Majlis Mesyuarat Negeri .
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
(c) Sekitar tahun 1921, kesan nasionalisme di China telah mempengaruhi penubuhan sekolah Cina
dan bahasa Mandarin dijadikan bahasa pengantar.
(d) Kemunculan masyarakat India yang dilahirkan di Tanah Melayu dikenali sebagai The Strait
Born People.
(e) British menyekat gerakan nasionalisme dengan menangkap tokoh nasionalis seperti Ahmad Boestamam,
Ishak Haji Muhammad dan Ibrahim Haji Yaakob.
Ekonomi
(a) Penubuhan persatuan kebajikan al-Jamiah al-Khairiah di Singapura untuk membangkitkan semangat
berniaga dalam kalangan orang Melayu.
(b) Pada awal abad ke-20, British hanya menekankan pendidikan rendah sehingga menyukarkan usaha
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.
(c) Za’ba menyedarkan guru pelatih di SITC tentang kepentingan pendidikan tinggi dan kurikulum
bahasa Inggeris.
(d) The Malay Mail dan The Malaya Tribune mengadakan dana bagi membantu orang Melayu melanjutkan
pelajaran di luar negara .
(e) Terdapat orang Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti
Tunku Abdul Rahman , Tunku Yaacob dan Mohd Zain Ariffin.
Sosial
(a) Mewujudkan kesedaran menuntut ilmu di madrasah dan sekolah Melayu.
(b) Bilangan lepasan SITC bertambah dan berkhidmat sebagai guru .
(c) Majalah Bulan Melayu diterbitkan oleh guru wanita di Johor Bahru.
(d) Masyarakat India dan Ceylon menubuhkan persatuan untuk menjaga kebajikan mereka.
(e) Tan Cheng Lock menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat (SSLC) menuntut British
menjaga kebajikan dan menyediakan dana untuk belajar dalam kalangan masyarakat Cina.
GURU
GURU Kuiz
Kriteria Kejayaan:
Saya berjaya:
• menyatakan kesan perkembangan nasionalisme di negara kita dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
29 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
02 Bab 2.indd 29 9/28/21 8:56 AM

