Page 62 - Hybrid PBD 2022 Form 4 - Sejarah - Watermark
P. 62
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
Faktor Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
• Raja-raja Melayu, orang Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO
berganding bahu membantah pelaksanaan Malayan Union.
• Semasa penentangan dan bantahan berlaku, Raja-raja Melayu, UMNO dan
British mengadakan rundingan untuk menggubal Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved
Cadangan Raja-raja Melayu dan UMNO
• Raja-raja Melayu memberikan cadangan berikut:
– Raja berkuasa dalam perundangan.
– Jawatan Pesuruhjaya Tinggi menggantikan Gabenor.
– Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union.
– Persekutuan bertaraf naungan dan bukannya tanah jajahan.
– Ungkapan “Negeri-negeri Melayu” perlu muncul dalam Persekutuan yang
baharu.
Sokongan pentadbir British
• Pentadbir British seperti Sir Edward Gent, Malcolm MacDonald, Sir Ralph Hone,
L.D. Gammans, A.T. Newboult, Roland Braddell, W. Linehan dan Theodore Adams
menyokong konsep Persekutuan kerana dapat mewujudkan keamanan, kestabilan dan
kemajuan ekonomi.
Malcolm MacDonald
Ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948
Pentadbiran
• Gabungan sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka).
• Singapura kekal sebagai tanah jajahan British yang berasingan.
• Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan Persekutuan membantu Pesuruhjaya Tinggi British.
• Pesuruhjaya Tinggi British mengetuai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa eksekutif.
Kuasa Raja-raja Melayu
• Majlis Raja-Raja dibentuk bagi membolehkan Raja-raja Melayu memberikan pendapat dalam perkara tertentu.
• Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
Perundangan
• Pesuruhjaya Tinggi mengetuai Majlis Perundangan Persekutuan.
• Majlis ini merangkumi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.
• Rang undang-undang perlu mendapat perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-raja.
Kewarganegaraan
• Kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang.
• Kewarganegaraan secara pendaftaran.
Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Mewujudkan Menjaga kedudukan Mengembalikan kedudukan Membuka ruang
kerjasama kaum istimewa orang Melayu Raja-raja Melayu kewarganegaraan
71 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
05 Bab 5.indd 71 9/28/21 9:06 AM

